Individu Terkejut, Dakwa Maklumat Diri Diguna Pakai Dalam Aplikasi MyJPJ

Individu terkejut dan mendakwa maklumat dirinya diguna pakai oleh wanita lain dalam aplikasi MyJPJ, baru-baru ini di aplikasi X.

Individu terkejut buka MyJPJ

Menerusi ciapan tular, individu dikenali Nurul Nursyakilla berkata dia terkejut apabila mendapati gambar berukuran pasport dalam Lesen Belajar Memandu di apliaski MyJPJ buka dirinya, meskipun semua maklumat betul.

Individu berkenaan terkejut setelah melihat wajah seorang wanita dipercayai berbangsa Cina terpampang pada aplikasi MyJPJ di bawah maklumat peribadinya.

Dakwanya, segala butiran maklumat adalah benar kecuali muka wanita berkenaan.

“Saya buka aplikasi MyJPJ, tiba-tiba ada lesen tapi muka Cina pelusuk mana tak tahu. 
“Nama, nombor kad pengenalan, alamat, semua betul. Muka je bukan muka saya,”ciapnya menerusi sebuah hantaran di platform X.
MyJPJ individu terkejut

Terkejut, individu lain juga menjadi mangsa!

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, terdapat beberapa netizen turut mendakwa mereka mengalami situasi sama seperti individu berkenaan iaitu gambar dalam lesen digital bukanlah gambar mereka sendiri.

Dakwa salah seorang mangsa, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri menyatakan ramai sudah terkena sewaktu membuat aduan mengenai isu berkenaan.

MyJPJ individu terkejutMyJPJ individu terkejutMyJPJ individu terkejutMyJPJ individu terkejut

Minta buat report polis

Sementara itu, ramai dalam kalangan warganet meminta individu terlibat yang menjadi mangsa untuk membuat laporan polis dengan kadar segera.

Mereka berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak baik berlaku seperti kes kecurian identiti dan disalah guna untuk tujuan jenayah oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tak perlu report

Tidak kurang juga ada yang menyatakan individu yang berdepan dengan masalah tersebut tidak perlu terkejut dan membuat laporan polis kerana gambar wanita dalam MyJPJ itu hanyalah sekadar placeholder.

Setakat ini, tiada sebarang penjelasan diberikan oleh pihak penguatkuasa terlibat.

Sebelum in, kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu dengan mewujudkan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) menerusi aplikasi MyJPJ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan pengguna jalan raya tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan sebagai langkah untuk memudahkan rakyat selepas segelintir mereka mendakwa pelekatnya tidak berkualiti.

 

 

Dengan sistem pendigitalan ini, ia memudahkan serta mengatasi isu kesesakan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila orang ramai mahu memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: X kyyrrose, OMM

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Individu Terkejut, Dakwa Maklumat Diri Diguna Pakai Dalam Aplikasi MyJPJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*