Bapa Ketagih Ketum Tengking Anak Nak Mengaji, Abai Tanggungjawab Ketua Keluarga.

PASANGAN suami isteri yang diuji dengan masalah rumah tangga sering memilih penceraian sebagai jalan terakhir selepas segala usaha ke arah kebaikan tidak mencapai kata sepakat.

Mengambil pendekatan berbeza, seorang wanita memilih untuk bersabar dan mempertahankan ikatan perkahwinan yang terjalin sejak 10 tahun lalu meskipun sering ‘makan hati’.

Enggan mendedahkan identiti, dia bagaimanapun menjadikan Facebook sebagai medan meluahkan kesedihan bagi mengurangkan tekanan perasaan yang dialami.

Air ketum boleh mengakibatkan ketagihan kepada pengamalnya. -Gambar hiasan

Air ketum boleh mengakibatkan ketagihan kepada pengamalnya. -Gambar hiasan

Memulakan cerita, ujar ibu kepada empat cahaya mata ini, suaminya merupakan seorang yang gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan.

“Suami saya ni jenis kaki lepak, balik kerja je terus keluar. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu dia pergi ke mana.

“Sebelum ni saya okay je walaupun ketika tengah berpantang… bermula daripada anak kedua sehinggalah dah masuk empat orang,” ujarnya yang menguruskan anak-anak sendirian tanpa bantuan suami.

Merupakan seorang suri rumah, dia menyatakan sikap suaminya semakin teruk sejak dua tahun lalu akibat terjebak dengan air ketum.

Malah katanya, pengaruh minuman tersebut turut menjadikan suaminya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

“Yang buat saya kecewa, anak saya selalu nak pergi mengaji dekat masjid, dia selalu tak nak hantar, macam-macam alasan dia bagi.

Sebab dibiar daripada awal… jadi suami dah rasa selesa tak jalankan tanggungjawab.

WARGA MAYA

“Penat la, mengantuk la… sampai anak saya menangis sebab takut kawan-kawan dia dah hafal semua tapi dia masih kat situ je.

“Dia tak kisah langsung pasal pelajaran agama anak. Kalau minta tolong, dia akan tengking anak,” tambahnya yang kini mengalami masalah kesihatan dan kerap sakit dada.

Luahnya lagi, sambil lewa suaminya itu membuatkan mereka selalu bergaduh tentang perihal anak-anak.

Kebanyakan warga maya memintanya berpisah demi kemaslahatan anak-anak.

Kebanyakan warga maya memintanya berpisah demi kemaslahatan anak-anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib wanita ini dan berharap dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Malah kebanyakannya menyatakan mereka yang ketagihan ketum akan bertindak lebih agresif sehingga boleh memudaratkan seluruh ahli keluarga.

“Sebab dibiarkan dari awal… sepatutnya awal-awal lagi kena tegur dan tegah daripada budaya melepak. Kalau dia keluar lepak masa awal kahwin, awak kena join semeja lepak, dah parah memang susah mau cegah.

“Tu ujian untuk kita menjadi isteri terbaik… berdoa dan bertawakal pada Allah.

“Sebab dibiar daripada awal… jadi suami dah rasa selesa tak jalankan tanggungjawab. Dah 10 tahun, nak ubah pun tak boleh dah.

“Kesian nasib anak… puan ikhtiar la hantar anak sendiri. Suami tu puan nasihat, kalau tak makan juga report pada AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan),” ujar beberapa warga maya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bapa Ketagih Ketum Tengking Anak Nak Mengaji, Abai Tanggungjawab Ketua Keluarga."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*