Geram Panggilan Tak Diendah. Individu Terjah Pejabat ‘Gomen’… Apa Yang Dilihat Memang Menyakitkan Hati

BANYAK perkongsian di media sosial yang memaparkan teguran serta luahan rasa tidak puas hati orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Antara teguran yang disuarakan adalah sikap kakitangan yang didakwa kurang mesra pelanggan, terlalu lama menunggu gara-gara tiada staf dan sebagainya.

Apa yang pasti, luahan yang disuarakan bukan bertujuan untuk ‘menjatuhkan’ sebaliknya dibuat dengan harapan mutu perkhidmatan sektor ini boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Salah satu kisah mengenai servis dalam sektor awam dikongsikan oleh seorang pemuda yang menceritakan pengalamannya berurusan di sebuah pejabat kerajaan.

bonus 1

Penjawat awam sering diberikan bonus bagi menghargai peranan mereka sebagai tulang belakang kerajaan. -Gambar hiasan

“Aku pernah pergi satu satu pejabat kerajaan ni. Aku tengok ramai juga staf dekat situ.

“Sebelum ni aku call tak ada siapa angkat. Kemudian aku try call dekat situ juga, nak tengok apa yang susah sangat nak angkat call tu.

“H****t memang tiada siapa yang angkat ye. Diaorang biar je telefon tu berdering haha,” tulisnya dalam satu ciapan di laman X.

Individu tersebut bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai lokasi pejabat kerajaan dalam penceritaannya.

Ciapannya sehingga kini meraih melebihi 6,500 ulang kicau selain ‘meriah’ dengan komen netizen yang turut berkongsi pengalaman ‘buruk’ masing-masing.

Betul, depan mata aku, kakak-kakak dekat kaunter reception dok bersembang dengan staf department lain.

NETIZEN

“Baru kena. Call Hospital **** sebab terlepas tarikh appointment. Operator elok je jawab call tapi bahagian kaunter klinik main letak-letak call. Panas betul.

“Betul, depan mata aku, kakak-kakak dekat kaunter reception dok bersembang dengan staf department lain yang dengan bangga tengah ‘mengular’ kat situ, ‘alah macam tak biasa je, kak lepak-lepak sini jap la malaslah nak masuk’. Phone bunyi tak nak jawab, sibuk ‘membawang’.

“Saya pun pernah hubungi pejabat ****. Tak ada orang angkat. Ofis *** pun sama. Sebab saya selalu pindah randah, berurusan dengan *** perlu di depan pintu ofis. Call tak angkat,” demikian antara komen netizen.

komen 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat tidak wajar ‘pukul rata’ semua staf atau pejabat kerajaan tidak menjalankan tanggunggjawab dengan amanah.

“Pernah kerja dekat Petaling Jaya. First rule bos letak, jangan biar phone berdering lebih daripada tiga kali.

“So far la pernah kerja di **** sebagai intern. Telefon berdering je mesti angkat sebab bingit tau. Sekarang kerja hospital pun angkat je sebab memang memekak,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Geram Panggilan Tak Diendah. Individu Terjah Pejabat ‘Gomen’… Apa Yang Dilihat Memang Menyakitkan Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*