‘Rindu Hatiku Rindu’ Trending Nombor Satu, Penyanyi Cilik Tantari Semakin Dikenali. “Suara Unik Berjiwa Rock”

PENYANYI cilik, Tantari mencipta kejayaan membanggakan selepas lagu dendangannya, Rindu Hatiku Rindu berjaya menduduki lagu ‘trending’ nombor satu dalam YouTube, dengan jumlah tontonan mencecah 1.6 juta selepas tiga minggu dimuat naik dalam platform tersebut.

Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd. Alfian yang baru berusia 6 tahun, sebelum ini meraih perhatian ramai selepas video dia menyanyikan lagu Cinta Melankolia oleh penyanyi asal, Allahyarham Aan menjadi tular.

Dia kemudiannya dilamar pihak stesen Molek FM dengan kerjasama syarikat rakaman, Nova Music untuk merakamkan lagu sulungnya berjudul Rindu Hatiku Rindu, ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid, manakala liriknya pula dihasilkan Jaju dan Hakim Hakimi.

Menariknya, lagu yang dilancarkan pada 15 Februari lalu itu dihasilkan dengan melodi seakan lagu pada era tahun 1990-an, sekali gus menjadi trending bukan sahaja dalam YouTube, tetapi juga TikTok.

size NP 1 (73)

Eddie nampak Tantari sebagai penyanyi cilik berbakat besar.

Komposer lagu Rindu Hatiku Rindu iaitu Eddie Hamid memberitahu kali pertama menonton video kanak-kanak itu menyanyi dia terus tertarik dan menyukai lenggok suaranya.

Kata Eddie, lagu itu juga merupakan karya pertamanya yang dicipta khas untuk penyanyi kanak-kanak.

“Kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik dan sesuai membawakan lenggok lagu era 90-an dan saya mahu ketengahkan dia sebagai pelapis penyanyi sedia ada.

“Walaupun dia masih kecil tapi saya tidak berdepan masalah sepanjang proses rakaman malah lagu itu hanya mengambil masa tiga jam ntuk disiapkan,” katanya.

Selain Eddie yang bertindak sebagai komposer, lagu berkenaan turut mendapat sentuhan Jaju dan Hakim Hakimi sebagai penulis lirik.

Dalam pada itu, Eddie meluahkan rasa terkejut apabila lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa pendengar dan ia bukti masih ramai meminati irama rock kapak.

Bagaimanapun katanya, memandangkan Tantari atau Naufal Azahel Mohd Alfian masih kanak-kanak, lirik ditampilkan juga bersesuaian dan tidak keterlaluan.

Kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik sesuai membawa lenggok lagu era 90-an.

EDDIE HAMID

KOMPOSER

Sementara itu, bapa Tantari iaitu Mohd Alfian Othman berkata bakat nyanyian anaknya itu dikesan sejak dia berusia dua tahun.

Ketika itu kata Alfian, anaknya itu cukup suka dengan lagu popular era 60-an iaitu Oh Fatimah yang sering dinyanyikan dihadapan keluarga.

“Dia mula berani menyanyi depan orang ramai bila masuk usia enam tahun ketika menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil.

size NP 1 (72)

Tantari bersama ayahnya iaitu Mohd Alfian Othman.

“Pada awalnya hanya di peringkat pra-sekolah tetapi kemudiannya mara ke peringkat daerah dan negeri… Kesemua peringkat ini Tantari bergelar juara!,” ujarnya.

Kata Alfian, minat mendalam Tantari terhadap lagu irama rock mungkin disebabkan dia sering mendengar lagu-lagu genre itu ketika mendengar di majlis perkahwinan.

“Saya membuat perniagaan membekalkan sistem audio di rumah orang kahwin. Jadi dari situ bila buat sound check saya selalu pasang lagu-lagu lama yang membuatkan dia jadi suka,” jelasnya.

size NP 1 (75)

Lagu Tantari menjadi trending nombor satu untuk carta muzik di YouTube.

Walaupun Tantari menunjukkan minat terhadap bidang seni namun Alfian memberitahu sebagai bapa dia tetap mengutamakan pelajaran anaknya.

Kata Alfian, dia cuba untuk menyeimbangkan kedua-dua perkara itu namun memandangkan Tantari baharu memasuki tahun satu dia mahu anaknya memberi tumpuan kepada pelajaran.

“Pelajaran dan ilmu agama sangat penting. Pada saya bakat yang ada pada dia adalah anugerah Allah. Jadi kita gunakan sebaik-baiknya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Rindu Hatiku Rindu’ Trending Nombor Satu, Penyanyi Cilik Tantari Semakin Dikenali. “Suara Unik Berjiwa Rock”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*