Hanya Mampu Melinangkan Air Mata… Bella Astillah Masih Terkejut Suami Dicekup Khalwat.

HANYA air mata yang dapat diberikan sebagai jawapan ketika pelakon dan penyanyi Bella Astillah ditanya mengenai suaminya iaitu Aliff Aziz ditangkap khalwat pada awal pagi Sabtu.

Minta diberi ruang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, adik Bella iaitu Didi Astillah memberitahu buat masa ini mereka tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Kata Didi atau Dayang Nazilah Awang Astiah, 28, kakaknya itu masih terkejut dengan kejadian melibatkan Aliff.

NP-116

Bella hadir ke Pejabat Agama Islam awal pagi Sabtu.

“Bagi pihak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan berhubung isu itu.

“Kalau boleh minta beri ruang pada Bella. Mungkin benda ni masih terkejut lagi,” katanya.

Perkara itu dikongsi Didi ketika ditemu bual penerbit program Melodi iaitu Michelle Wee.

Bella ketika ditanya Michelle mengenai Aliff ditangkap hanya mampu melinangkan air mata tanpa berkata apa-apa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Bella dan semoga tabah hadapi dugaan rumah tangganya itu.

“Kali keberapa dah ni? Empat kan? Ini masanya untuk move on Bella, awak layak dapat lebih baik.

“Dugaan besar bila dikhianati dengan orang tersayang. Semoga Bella kuat.

“Dugaan besar untuk Bella, semoga dipermudahkan urusan Bella,” tulis netizen di ruangan komen.

Pada awal pagi Sabtu kecoh dua pelakon ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

NP-118

Nama Aliff dan Ruhainies menjadi sebutan ramai.

Netizen mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap adalah Aliff selepas isterinya iaitu Bella Astillah dilihat hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.30 pagi ditemani beberapa rakan.

Turut kelihatan dalam video dimuat naik menerusi Instagram program hiburan Melodi adalah penyanyi Adira yang menemani Bella.

Sementara itu, pihak mStar sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Aliff dan Ruhainies berhubung dakwaan ditangkap khalwat.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Hanya Mampu Melinangkan Air Mata… Bella Astillah Masih Terkejut Suami Dicekup Khalwat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*