Kakak Umisya Selar Tindakan Jenama Pakaian Satukan Misya, Aslam & Marissa Dalam 1 Job.

KAKAK kepada Umisya iaitu Nadiah Mazlan menyelar tindakan sebuah jenama pakaian kerana didakwa mengambil kesempatan melakukan teknik pemasaran di atas kemelut rumah tangga adiknya itu.

Menurut Nadiah, adiknya itu tidak mengetahui sesi fotografi tersebut turut melibatkan Marissa Dania dan hanya dimaklumkan perkara itu selepas tiba di lokasi penggambaran.

Malah, pihaknya sudah memberi amaran untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan adiknya dengan anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu.

“Untuk pengetahuan, Misya memang tidak tahu langsung waktu penggambaran tersebut perempuan (Marissa) ini ada juga untuk shooting produk yang sama.

Perkongsian Nadia di Instastory miliknya.

Perkongsian Nadia di Instastory miliknya.

“Bila sudah sampai ke tempat casting baru tahu dan pada masa itu juga telah diberitahu untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan mereka berdua (Misya dan Marissa),” katanya.

Nadiah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Nadiah berkata sebagai seorang kakak dia berhak untuk mempertahankan adiknya supaya tidak dijadikan bahan pemasaran untuk menarik perhatian.

“Saya komen ini sebab saya perlu pertahankan adik (Misya) saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai teknik pemasaran kalian.

“Tolong jadi manusia yang mempunyai ihsan terhadap manusia lain,” ujarnya.

Sementara itu, Nadiah juga menggesa pihak jenama pakaian tersebut memohon maaf kepada Misya kerana tindakan itu disifatkan tidak sensitif dengan apa yang berlaku kepada adiknya itu.

“Bertaubat dan minta maaf pada Misya kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka.

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berbuat kebaikan pada manusia lain. Tolong!,” katanya.

Misya didakwa menjadi mangsa keadaan.

Misya didakwa menjadi mangsa keadaan.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan Marissa dan Aslam bergandingan bersama dalam sebuah penggambaran foto.

Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana berwarna hitam dan dipercayai merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan.

Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.

Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MMstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kakak Umisya Selar Tindakan Jenama Pakaian Satukan Misya, Aslam & Marissa Dalam 1 Job."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*