Mengaku Bersalah Bunuh Rakan Baik 4 Tahun Lalu, Siti Nur Athirah Dipenjara 30 Tahun.

SELEPAS hampir empat tahun, suspek kes pembunuhan seorang remaja di Telemong, Hulu Terengganu, akhirnya dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada Selasa.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, yang juga rakan baiknya di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan berdasarkan pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.

Untuk rekod, mStar pernah melaporkan seorang remaja perempuan ditemukan mati dalam keadaan yang tragis dipercayai dibunuh, ketika menjaga ibunya yang terlantar sakit dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong di Hulu Terengganu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Siti Nor Surya, ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian ruang tamu rumah tersebut dengan pergelangan tangan kirinya putus dan kesan kecederaan lain pada bahagian muka serta badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi dan mayat mangsa ditemui adik bongsunya yang berusia 15 tahun sebaik pulang dari sekolah kira-kira pukul 2.30 petang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mengaku Bersalah Bunuh Rakan Baik 4 Tahun Lalu, Siti Nur Athirah Dipenjara 30 Tahun."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*