Bertembung dengan penumpang  ketika masuk monorel,  ‘airpod’ terjatuh atas landasan. ‘Penyelamat’ muncul tepat waktu, tolong ambil balik ‘airpod’

 

MALANG tidak berbau.

Seorang pemuda tular di aplikasi TikTok selepas dia berkongsi kisah fon telinga miliknya yang terjatuh ke atas landasan monorel.

Menurut Shahqeel Aiman, Airpod keluaran Apple itu terjatuh selepas dia bertembung dengan penumpang lain yang menaiki pengangkutan awam berkenaan.

airpod2

Penumpang monorel itu berjaya mendapatkan semula Airpod miliknya selepas dibantu oleh pekerja di stesen berkenaan.

Oh my Airpod, kenapa awak jatuh kat landasan monorel ni? Waktu ni rasa macam nak turun sendiri tapi takut.

“Punca boleh jatuh orang tertolak masa nak masuk pintu monorel dan jatuh kat tepi lubang pintu,” ujarnya menerusi video yang dikongsi pada Rabu.

Shahqeel berkata, dia bersyukur apabila Airpod itu berjaya dikeluarkan hasil bantuan pekerja di stesen monorel berkenaan.

“Alhamdulillah, ada pekerja seorang lelaki dan kakak India tolong saya ambil ear piece saya. Terima kasih sangat-sangat RapidKL dan staf,” ujarnya lagi.

Kisah malang yang berakhir dengan kegembiraan itu meraih hampir 800,000 tontonan selepas ia dikongsi di TikTok.

Malah, ramai pemilik Airpod turut berkongsi cerita tentang kejadian hampir sama yang dilalui mereka.

“Baru kelmarin dua-dua Airpod jatuh dalam jamban tempat kerja. Rasa patah hati sebab tak sempat sambut. Jamban pula jenis ke dalam, tak boleh capai. Pasrah.

“Airpod saya pernah tercicir dalam Stadium Bukit Jalil masa konsert Billie Eilish. Lepas tu detect location lagi sebelah. Masa tu dalam tren. Sanggup berlari patah balik sebab fikir beli mahal.

“Aku punya Airpod jatuh atas highway masa bawa motor. Lepas tu kena langgar kereta, berkecai macam tu je depan mata.

airpod3

Meskipun penggunaan Airpod lebih trendy, masih ramai yang selesa menggunakan fon telinga jenis lama. -Gambar hiasan

“Airpod aku jatuh dalam longkang pun aku tak ambil dah. Sebab tau dah bau apa,” kongsi beberapa netizen.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang mengakui mereka lebih selesa dengan fon telinga jenis wayar kerana fungsi dan ciri keselamatannya yang lebih terjamin.

“Sebab inilah saya bawa fon telinga yang ada wayar.

“Beli protector anti slip, Insya-Allah tolak-tolak pun tak jatuh,” ujar netizen lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bertembung dengan penumpang  ketika masuk monorel,  ‘airpod’ terjatuh atas landasan. ‘Penyelamat’ muncul tepat waktu, tolong ambil balik ‘airpod’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*