Terfikir Tentang Kematian Dan Urus Jenazah, Adik Batal Niat Wakaf Proton Wira! Terus Hadiahkan Pada Abang Yang Susah

MEMBANTU ahli keluarga terdekat yang sedang susah atau berdepan masalah kewangan sangat dituntut dalam Islam.

Seperti yang dilakukan Acied Vtecturbo, dia membatalkan niat untuk mewakafkan sebuah kereta miliknya, sebaliknya kenderaan itu diberikan kepada abang sulung yang lebih memerlukan.

Dalam hantaran di Facebook yang tular, Acied yang merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik menjelaskan sebab dia bertukar fikiran untuk mengumpul saham akhirat dan memilih mengutamakan abang kandungnya.

Proton Wira yang diberikan kepada abang sulung.

“Orang kata kalau nak bersedekah, tengok adik beradik dulu. Utamakan mereka dahulu. Adik beradik ni hubungannya ibarat air dicincang tak akan putus walaupun ada masa kita terasa hati, bermasam muka dan bergaduh.

“Jadi kereta Proton Wira saya ni pernah dibuat tawaran untuk berikan kepada ustaz, tahfiz atau badan kebajikan yang memerlukan hari tu. Jadi saya ambil keputusan nak bagi dekat abang sulung,” katanya.

Acied berkata, terdetik rasa simpati apabila dia melihat abangnya menunggang motosikal bersama kakak ipar selama lebih dua jam dari rumahnya di Jitra ke Yan, Kedah bagi menghadiri perhimpunan keluarga.

“Balik kampung baru ni, masa perjumpaan keluarga tu dia datang naik motosikal. Dah ada kereta Proton Saga tapi dia cakap sudah uzur (usang). Lantai pun sudah bobos (tembus).

“Abang saya ni, dia pencen askar. Anak dia ada kereta tapi tadi penuh dengan anak-anak dia yang lain je (dalam kereta). Mereka (abang sulung dan isteri) naik motor. Jadi saya serahkan kereta kepada dia sajalah.

“Untuk pengetahuan, ini kereta kedua saya bagi dekat adik beradik. Beberapa bulan lepas saya bagi sebuah Wira dekat abang nombor tujuh,” ujarnya lagi.

Menurut Acied, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih untuk membantu dua abangnya walaupun ada kalanya berlaku pertelingkahan atau salah faham sesama adik beradik.

Memberi contoh situasi kematian, Acied dalam hantaran sama membuat perbandingan hubungan di antara adik beradik dan rakan-rakan terdekat.

 

Adik beradik ni kalau bergaduh macam mana pun, bila kita mati, dia la yang balik uruskan jenazah kita.

ACIED VTECTURBO

Ujarnya, ahli keluarga merupakan orang yang akan menggalas tanggungjawab menguruskan jenazah apabila kita meninggal dunia kelak.

“Beberapa tahun kebelakangan ni saya terfikir. Adik beradik ni kalau bergaduh macam mana pun, bila kita mati, dia la yang balik uruskan jenazah kita. Walaupun tengah kerja pun, dia paksa ambil cuti. Jadi atas apa jua alasan pun, kita kena muliakan adik beradik dulu.

“Bila awak mati, kawan-kawan yang hari-hari dok komen dan like… paling tidak pun dia cuma komen ‘al-Fatihah saja. Tapi adik beradik awak la yang akan uruskan segalanya walaupun sebelum tu awak pernah bermasam muka atau bergaduh dengan mereka.

“Walaupun tak dinafikan kita (anak bongsu) paling sensitif dengan adik beradik ni. Cakap tak kena sikit kita terasa, tapi kawan-kawan maki hamun kita boleh ketawa,” katanya mengakhiri hantaran tersebut.

Komen netizen pada hantaran asal.

Turut dikongsikan bersama adalah sekeping foto menunjukkan abangnya menunggang motosikal jenama Yamaha bersama isteri yang memeluk bungkusan dipercayai mengandungi pakaian dibawa pulang ke kampung.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji tindakannya memuliakan ahli keluarga sendiri.

“Terbaik bang. Sifat dan perangai macam ni boleh dijadikan ikutan dan tauladan buat semua.

“Betul-betul Paksu (paggilan Acied). Kena dahulukan yang paling dekat dengan kita. Terutama sekali mak ayah dan adik beradik kita. Betul sangat dah tindakan Paksu tu,” komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Terfikir Tentang Kematian Dan Urus Jenazah, Adik Batal Niat Wakaf Proton Wira! Terus Hadiahkan Pada Abang Yang Susah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*