“Empat Tahun Saya Tak Tengok Dia, Boleh Saya Cium Dia?” Ali Puteh Tak Mampu Tahan Air Mata Jumpa Anak Arwah Abam

PELAWAK Ali Puteh akhirnya mampu menarik nafas lega apabila hadir sendiri ke kediaman Nor Hidayah bagi menyelesaikan hutang sebanyak RM75,000 kepada bekas kakak iparnya itu pada petang Selasa.

Pada pertemuan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, bertentang empat mata dengan Hidayah bagi mengakhiri sengketa yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

“Yang berhutang saya, saya datang sendiri untuk bayar,” katanya menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya.

Hampir empat tahun tidak bertemu, akhirnya pelawak Ali Puteh dapat memeluk dan mencium anak saudaranya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Meluahkan rasa syukur atas pertemuan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dilihat sebak ketika membawa anak-anaknya berjumpa dengan Hamzah.

“Syukur ya Allah dengan ujian ini… Mak abang! Angah dah selesai semuanya.

size NP 1 (16)

Ali berjumpa Hidayah di kediamannya untuk selesaikan hutang.

Dalam pada itu, Ali berkata kemelut yang berlaku antaranya dengan bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah sebelum ini merupakan satu ujian yang pasti ada hikmahnya.

@malaysianewstv Ali Puteh lepas rindu pada anak arwah Abam, Hamzah #hidayahhamzah #tiktokviral #fyp #aliputeh #beritatiktok #artismalaysia ♬ original sound – Malaysianews TV

Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia dan ini merupakan kali pertama.

ALI PUTEH

PELAWAK

“Hamzah mari sini, pak ngah (Ali) tak ada apa-apa nak bagi tapi ini duit belanja buat Hamzah ya.

“Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia dan ini merupakan kali pertama.

“Hamzah jadi orang baik tau, nanti jumpa saudara-mara lain di Gombak,” katanya.

Terdahulu, Ali berkongsi video dirinya bertentangan mata dengan Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

Bagaimanapun urusan tersebut dilihat masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan pembayaran tersebut melalui peguamnya.

size NP 1 (18)

Ali menjual barangan peribadi untuk langsaikan hutang.

Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Empat Tahun Saya Tak Tengok Dia, Boleh Saya Cium Dia?” Ali Puteh Tak Mampu Tahan Air Mata Jumpa Anak Arwah Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*