“Kami Utamakan Yang Berkeluarga Saja” – Tuan Rumah Tak Izin Ibu Tunggal 3 Anak Menyewa. Kecewa Status Jadi Ukuran

GOLONGAN yang memegang status sebagai ibu tunggal sememangnya berdepan dengan cabaran yang besar.

Bukan sahaja terpaksa bekerja dan menyara anak-anak bersendirian, malah ada antara mereka yang melalui pengalaman pahit seperti dipandang serong serta didiskriminasi dalam situasi tertentu.

Demikian juga dengan kisah yang dialami oleh seorang wanita, sebagaimana perkongsiannya Facebook.

Menurut wanita berkenaan, dia berdepan kesukaran untuk mencari rumah sewa buat keluarganya gara-gara pemilik rumah lebih mengutamakan penyewa yang berkeluarga.

rumah 1

Tangkap layar (screenshot) perbualan wanita tersebut bersama pemilik rumah.

“Cari rumah dari tahun lepas lagi. Tapi yang dapat, (mereka) nak family keluarga… apabila beritahu (status) single mother, terus tak boleh.

“Awat? (Kenapa). Single mother tak ada keluargakah, tak ada anakkah?

“Makin merapu demand. Tak tahulah owner atau agent demand macam tu,” luahnya.

Dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualannya dengan seorang individu, dipercayai pemilik rumah atau ejen.

Menerusi perbualan itu, pihak berkenaan memaklumkan mereka mengutamakan penyewa berkeluarga, selepas wanita tersebut memberitahu statusnya yang merupakan seorang ibu tunggal.

Takut tak mampu bayar. Single mother bela anak-anak seorang diri, sangat mencabar daripada segi kewangan.

NETIZEN

“Maaf puan, kami utamakan yang sudah berkeluarga sahaja ya,” terang individu berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, dengan ada yang meluahkan simpati dan ada juga yang menyebelahi pihak pemilik rumah.

“Seharusnya kita tolong ibu tunggal, mereka yang memerlukan tempat berteduh. Mereka tidak meminta-minta, mereka memberi rezeki pada kita. Kenapa perlu ada pelbagai macam syarat?

komen rumah

Reaksi netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

“Takut tak mampu bayar. Single mother bela anak-anak seorang diri, sangat mencabar daripada segi kewangan. Biasanya (bukan semua) duit cukup-cukup makan. Owner rumah tak berani ambil risiko tu.

“Memang ada owner yang tapis profil penyewa sebab nak secure bayaran bulanan tu,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Kami Utamakan Yang Berkeluarga Saja” – Tuan Rumah Tak Izin Ibu Tunggal 3 Anak Menyewa. Kecewa Status Jadi Ukuran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*