Netizen Persoal Status Halal Produk Khairul Aming. Ini Jawapan Tuan Punya Badan.

Baru-baru ini, produk terbaru Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia kerana produknya itu telah habis terjual dalam masa beberapa minit sahaja.

Memandangkan kini Khairul Aming telah mempunyai dua produk yang sering mendapat permintaan ramai, ada warganet yang bertanya bilakah kedua-dua produk Khairul Aming itu akan mendapat sijil halal daripada JAKIM.

Khairul Aming kemudiannya tampil menjelaskan bahawa kini syarikatnya telah berjaya mendapat sijil MeSTI yang memastikan kebersihan dan keselamatan kilangnya.

Langkah pertama dalam strateginya untuk mendapatkan sijil Halal ialah dia telah mendapatkan sijil MeSTI terlebih dahulu.

Khairul Aming telah berkongsikan langkah-langkah atau prosedur yang perlu dilakukan oleh syarikatnya sebelum mendapatkan sijil Halal menerusi platform X.

Dalam perkongsiannya itu, Khairul Aming menjelaskan dia mengambil masa lebih dua tahun untuk mendapatkan sijil MeSTI itu kerana kilangnya dibina dari kosong.

Proses menyiapkan kilang juga bukanlah mudah kerana mereka perlu beli mesin untuk mudahkan pembuatan sambal, selain itu, kilang juga perlu diubah suai.

Difahamkan, sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu baru sahaja diperolehi oleh syarikatnya, Rasapop Sdn.Bhd yang terletak di Kota Bharu pada 31 Januari lalu.

Selepas sijil itu berjaya didapatkan, barulah produk-produknya akan menjalani proses untuk mendapatkan status halal JAKIM pula.

Selain itu, produk-produk tersebut juga akan menjalani proses untuk mendapatkan Skim Pensijilan GMP dan sijil HACCP untuk memastikan keselamatan makanan yang dihasilkan oleh syarikatnya.

Jadi, proses untuk dapatkan sijil halal di Malaysia ni memang memerlukan waktu yang lama sebab ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Sumber: X @khairulaming

Be the first to comment on "Netizen Persoal Status Halal Produk Khairul Aming. Ini Jawapan Tuan Punya Badan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*