Selepas Dua Tahun, Neelofa Hentikan Pengeluaran Produk Inai NunHa Serta Merta

Selebriti popular dan usahawan, Neelofa mengumumkan perniagaan produk inai keluaran syarikatnya akan dihentikan serta merta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa berkata dia sedar produk tesebut disukai ramai namun terpaksa menamatkan pengeluaran produk tersebut selepas dua tahun brada di pasaran.

Sementara itu, Neelofa turut memaklumkan akan mengadakan jualan penghabisan stok produk tersebut dan inilah peluang terakhir untuk orang ramai mendapatkan inai berkenaan.

“Kita akan buat clearance, kita akan habiskan stok. Tidak akan ada lagi signature Brown Innai di pasaran daripada NunHa. Semua kita akan keluarkan untuk buat ‘clearance’,

“Kita tidak akan lagi keluargkan innai daripada NunHa. Mungkin inilah peluang terakhir untuk dapatkan innai yang terakhir dan penutup segala penceritaan inai-inai yang akan dan pernah wujud. Mungkin ini jalan terbaik buat kami,” katanya.

Untuk info, produk inai berkenaan mula dipasarkan sejak tahun 2022 dan ianya terbukti menggunakan bahan kandungan halal serta telap air.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Selepas Dua Tahun, Neelofa Hentikan Pengeluaran Produk Inai NunHa Serta Merta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*