Suami Derita Batin.  Isteri Terlalu Mengongkong.  Nak Balik Rumah Ibu Sendiri  Pun Tak ‘Izin’.

Ramai individu di luar sana berdepan dengan pasangan yang kuat mengongkong. Mereka tidak sedar akan impak akibat terlalu kuat mengongkong.

Apabila mereka terlalu kuat mengongkong, sebenanya mereka mempunyai kurang kepercayaan buat pasangan mereka. Sedangkan dalam setiap perhubungan, mestilah wujud kejujuran dan kepercayaan.

Kegagalan memimpin membuatkan seorang suami tidak dihormati oleh isteri dan anak-anaknya.

Begitulah yang dialami lelaki ini apabila isterinya bukan sahaja tidak patuh malah menggunakan kata-kata kasar ketika berbicara dengannya.

Umat Islam dianjurkan untuk berdoa dan memohon bantuan Allah. -Gambar hiasan

“Isteri saya selalu maki saya sebab tak ikut arahan dia. Dia tak bekerja dan saya bekerja dari rumah tapi kerja-kerja rumah banyak yang saya buat seperti basuh baju, lipat dan mengemas,” ujarnya memulakan cerita.

Beranggapan isu kewangan menjadi punca kepada sikap baran isterinya, lelaki ini meluahkan rasa hairan kerana dia tidak pernah mengabaikan nafkah dan tanggungjawab.

Malah, isterinya menerima wang belanja setiap bulan yang dikhususkan untuk keperluan peribadi.

“Nafkah saya selalu bagi pada dia. Semua makan minum yang wajib, saya tunaikan dan setiap bulan saya bagi duit RM500 untuk personal dia.

“Kos untuk makan, minum serta pakaian dia sahaja adalah sekitar RM1,500 sebulan… itu tidak termasuk keperluan anak kerana dia demand makanan mewah,” ujarnya yang mempunyai seorang cahaya mata.

Meskipun menyediakan segala keperluan untuk isterinya, dia tidak diberikan layanan yang sewajarnya malah nafkah batin juga tidak diperoleh.

Lebih menyedihkan apabila isterinya turut mengharamkan anak mereka daripada pulang ke rumah kedua orang tuanya.

“Isteri saya tak suka balik rumah keluarga saya sebab ayah saya kurang bercakap dengan dia… sampaikan saya sendiri nak balik pun dia bagi izin sekejap je.

“Dia haramkan anak kami balik ke rumah ibu saya,” tambahnya.

Bawa isteri pergi kaunseling di pejabat agama dulu, biar ustazah tazkirah dia… cerai bukan jalan penyelesaian.

WARGA MAYA

Dia yang terpaksa tinggal di rumah mentua berkata, isterinya juga enggan mendiami rumah teres dengan alasan kedudukan rumah yang rapat-rapat.

“Dulu saya pernah sewa rumah teres tapi tak lama selepas itu dia tak nak duduk… dia nak tinggal di rumah banglo atau Semi D,” luahnya sedih.

Menurut lelaki ini lagi, isterinya bukan sahaja tidak pernah bertanya tentang status kewangan semasa malah sering meminta dibelikan barangan mewah.

“Kalau lambat beli apa yang dia nak, mulalah merajuk dan kadang-kadang dia maki saya sehingga berlaku pergaduhan… dia akan mengamuk sampai semua barang-barang saya seperti baju koyak,” katanya.

Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat dengannya.

Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat dengannya.

Mengakui terseksa dengan apa yang dilalui sepanjang tempoh perkahwinan, dia turut menyatakan tiada tempat untuk meluahkan perasaan melainkan di media sosial.

Susulan hantaran yang dibuat, warga maya tampil memberikan pelbagai reaksi termasuk beberapa cadangan.

“Encik kena jadi garang dan tegas sikit. Perempuan ni, apabila suami dia jenis diam dan menurut kata, jadi dia naik kepala. Tambahan pula sentiasa dapat apa yang dihajatkan.

“Cuba bawa isteri pergi kaunseling di pejabat agama dulu… biar ustazah tazkirah dia, bagaimanapun cerai bukan jalan penyelesaian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Derita Batin.  Isteri Terlalu Mengongkong.  Nak Balik Rumah Ibu Sendiri  Pun Tak ‘Izin’."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*