Mewah! Pengantin perempuan pakai rantai dihiasi 100 gelang emas, majlis kahwin telan belanja RM140 juta

 

SERBA mewah! Itulah yang boleh digambarkan dengan majlis perkahwinan sepasang pengantin dari wilayah Fujian, China yang dianggarkan menelan belanja 210 juta yuan (RM140 juta).

Pasangan mempelai dikhabarkan datang daripada keluarga yang bukan calang-calang.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Ye Dingfeng merupakan anak kepada Ye Guochun, pengerusi syarikat peruncit barangan kemas terkemuka di China.

Sementara itu pengantin perempuan, Yang Hanying merupakan anak kepada seorang pengurus dari syarikat sama di wilayah utara.

Majlis tersebut berlangsung di sebuah dewan besar milik keluarga pengantin lelaki, pada awal Februari lalu.

Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin perempuan memakai rantai yang dihiasi kira-kira 100 utas gelang emas yang kelihatan agak berat dan sarat.

Para tetamu majlis perkahwinan itu pula dihidangkan dengan menu mewah seperti ketam raja (king crab), udang karang (lobster), sup sirip yu, sarang burung dan abalon Australia. –SCMP

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mewah! Pengantin perempuan pakai rantai dihiasi 100 gelang emas, majlis kahwin telan belanja RM140 juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*