“Ada orang hantar santau” – Jumpa Pelesit Dekat Pelamin, Wanita Dedah Kena Gangguan Sejak Hari Bersanding

Dah menjadi kebiasaan bagi segelintir individu yang ada sifat dengki, mereka akan melakukan apa jua cara demi menjatuhkan orang yang mereka tidak suka. Salah satunya adalah dengan cara menghantar sihir ataupun santau kepada orang tersebut.

Tular di X semalam, seorang wanita menceritakan tentang majlis perkahwinannya menjadi kucar-kacir gara-gara perbuatan khurafat orang lain. Sehingga kini, dia masih lagi terkena gangguan makhluk halus.

Jumpa pelesit dekat pelamin

Ceritanya bermula apabila ada seekor belalang pelesit pada majlis pernikahan yang berlangsung pada waktu malam. Kemudian, beberapa kejadian pelik yang lain berlaku termasuklah hujan gerimis secara tiba-tiba pada malam tersebut.

Keesokan harinya sewaktu bersanding, lauk kenduri yang disediakan telah basi dan kurang tetamu sedangkan keluarganya sudah menjemput orang kampung untuk menghadiri majlis. Bukan itu sahaja, dia dan ibunya juga bergaduh besar di hadapan orang ramai.

Esok tu sanding, makanan basi. Lepas tu orang kampung ramai tak datang sangat sebab mereka kata mak ayah aku tak jemput. Padahal mak ayah aku pergi ajak mereka. Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa?

Ada orang hantar santau masa malam nikah

Pelik dengan kejadian yang berlaku, dia mendapatkan bantuan daripada kenalan suaminya dari jauh dan mendakwa ada orang terdekat yang dengki dan mahu keluarganya malu. Menurutnya juga, orang tersebut ada sewaktu dia bernikah dan bersanding.

Check dengan kenalan suami dari jauh, dia kata malam saya nikah tu ada orang hantar santau. Bila hujan gerimis maksudnya santau tu dah berjaya dihantar. Dia nak buat keluarga saya malu. Sebab tu makanan basi and so on. Katanya orang terdekat.

Dia mengetahui tentang pelesit itu selepas kakak iparnya memberitahu ada belalang besar yang sangat bising sewaktu dia sedang bersiap di dalam bilik.

Yang saya tahu pasal pelesit tu sebab tadi kak ipar ws. Masa malam nikah tu, saya kat bilik tengah siap siap. Lepastu ada belalang besar ktanya bunyi bising sangat. Pastu mak mertua kata tu pelesit. Sebab belah mertua dah biasa benda benda macamni. Yang tolong buang pelesit tu pun nenek saya.

Gangguan tidak berhenti pada waktu majlis, dia dan keluarganya serta keluarga mentua turut mengalami cirit-birit sehingga ke hari ini.

Keesokan hari lepas sanding dalam pukul 2 pagi macam tu aku tersedar dari tidur sebab sakit gila perut sampai muntah-muntah. Cirit birit woi. Bukan aku je tapi keluarga mertua dengan family aku pun sama cirit birit.

Menjengah di ruangan balas, ramai netizen meluahkan rasa sedih kerana dia dan keluarga masih lagi diganggu oleh makhluk halus.

Pelamin 1Pelamin 2

Seram min baca cerita ni.. harap sis dan family baik-baik saja..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Lobak Merah

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Ada orang hantar santau” – Jumpa Pelesit Dekat Pelamin, Wanita Dedah Kena Gangguan Sejak Hari Bersanding"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*