Bimbang Ipar Mengata, Suami Enggan Tempah Hotel Beraya Di Kampung! Isteri Takut Bersuara Walau Tak Selesa, Jaga Aurat

SUDAH pasti ramai yang membuat perancangan untuk balik ke kampung sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Selain memikirkan pakaian untuk melaram di hari raya, destinasi untuk menyambut perayaan ini turut menjadi topik hangat setiap tahun terutama bagi pasangan sudah berkahwin.

Baru-baru ini, seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti meluahkan dilema dengan keputusan dibuat suami untuk beraya di kampung halaman neneknya.

Suasana hari raya merupakan momen indah apabila saudara mara berkumpul di bawah satu bumbung. -Gambar hiasan

Sebagaimana dijelaskan menerusi satu hantaran di X, jika mereka pulang beraya di rumah nenek suami, ia bakal menjadi pengalaman pertamanya beraya di kampung tersebut sejak mereka berkahwin.

“Wey, raya tahun 2024 ni kali pertama saya balik kampung nenek suami,” ujarnya.

Menurut suaminya, semua ahli keluarga yang pulang ke kampung tersebut terpaksa berkongsi ruangan bilik dengan ibu bapa mentua dan semua ipar.

Katanya lagi, si suami enggan membuat tempahan untuk menginap di hotel untuk mengelakkan daripada menjadi pertikaian ahli keluarga lain.

Walaupun tidak bersetuju dengan keputusan itu, dia memilih untuk tidak menyuarakan apa yang terbuku di hati kepada suami.

“Dia (suami) kata nanti kongsi-kongsi bilik je dengan parents-in-law (ibu bapa mentua) dan ipar-ipar saya.

“Dia tak nak tempah hotel terdekat takut semua mengata pula.

Biar sajalah orang mengata… yang penting selesa dan auratnya terjaga.

NETIZEN

“Memang okay je ye tidur bercampur (bukan muhrim) masa hari raya? Saya sejujurnya tak nak tapi malas nak bergaduh,” katanya mengenai perkara itu.

Jika diteli pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat hampir sama susulan isu yang dibangkitkan wanita ini.

Salah seorang daripadanya berpendapat adalah lebih baik sekiranya wanita ini ‘berkeras’ untuk tidur di tempat yang lebih selesa dan terjaga aurat.

Komen netizen pada hantaran asal.

“Ya Allah selesa ke? Tandas nanti mesti ramai (guna) apa semua. Pakai tudung setiap masa lepas bertungkus lumus tolong sediakan masak untuk raya.

“Biar sajalah orang mengata… yang penting selesa dan auratnya terjaga. Apa benda yang dikisahkan sangat dengan apa orang cakapkan (mengata).

“Mereka bayarkan duit (beli) seluar dalam suami kau ke? Tolong gaduh (pertahankan hak) anon, tolong la,” komen netizen tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bimbang Ipar Mengata, Suami Enggan Tempah Hotel Beraya Di Kampung! Isteri Takut Bersuara Walau Tak Selesa, Jaga Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*