Pemilik Homestay Halau & Campak Barang Penginap, Hanya Lewat Sejam ‘check Out’!

Penginap homestay kecewa dengan sikap pemilik kerana menghalau mereka seakan ‘anjing’ hanya kerana lewat sejam ‘check out’.

Difahaman, kejadian tersebut berlaku di sebuah homestay (inap desa) yang terletak di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Lambat sejam, pemilik halau keluar

Menerusi video tular tersebut, pengguna dikenali Shafiq Ghani mengakui kesalahan yang dilakukan oleh mereka kerana keluar daripada rumah tersebut lewat sejam seperti yang ditetapkan oleh pemilik sebelum ini.

BAGAIKAN mimpi ngeri buat sekumpulan tetamu yang menginap di sebuah homestay apabila diberi layanan buruk gara-gara lewat mendaftar keluar.

Tular rakaman menunjukkan seorang wanita yang dipercayai pemilik homestay melemparkan beg milik tetamu ke luar rumah.

Kedengaran juga pertengkaran antara pemilik homestay dengan beberapa tetamu yang sedang bersiap keluar sambil membawa beberapa beg termasuk bagasi.

“Ya, saya mengaku kami lambat check out. Kalau makcik (pemilik homestay) nak kenakan bayaran sehari RM100 hingga RM200 pun saya bayar.

Ujarnya, mereka tiada masalah jika pemilik berkenaan mahu mengenakan bayaran tambahan atas kelewatan mereka keluar daripada rumah tersebut.

“Ya, saya mengaku kami lambat check out. Kalau makcik (pemilik homestay) nak kenakan bayaran sehari RM100 hingga RM200 pun saya bayar.
“Tapi, jangan halau kami macam anjing baling makanan apa semua. Allahuakbar,”luahnya dalam nada kecewa dan kesal.

homestay

Dalam hantaran yang sama, Shafiq juga berkongsi tangkapan layar perbualan mereka bersama pemilik berkenaan.

Tangkapan layar tersebut memaparkan peringatan yang diberikan oleh pemilik tersebut mengenai waktu ‘check out’ mereka daripada rumah tersebut iaitu setakat jam 1 tengah hari sahaja.

Campak barang, hilang pertimbangan

Namun, apa yang membuatkan mereka kecewa adalah pemilik rumah tersebut bertindak mencampakkan barang mereka, termasuk beg alat solek.

Mengulas lanjut, dia memaklumkan mereka tidak sengaja untuk lewat keluar dari rumah tersebut kerana terlelap akibat penat menguruskan beberapa urusan perniagaan.

“Semalam, lepas berniaga event Alor Setar, terus hantar barang ke Perlis pula. Jadi sampai pada jam 8 pagi. Kemudian, terlelap dan terjaga lewat sejam sahaja,”jelasnya dalam hantaran video tersebut.

homestay

Akibat kecewa dengan tindakan pemilik tersebut, dia berharap agar perkongsian video tersebut dalam membuka mata orang ramai untuk tidak menginap di rumah tersebut pada masa akan datang.

“Orang Alor Setar, tolonglah boikot perniagaan orang Islam yang perangai macam mak cik ini. Mak cik halau kami macam anjing kan? Okey, tak apa. 
“Saya kongsi ni saya tak mahu orang lain akan kena macam kami kena ni, memanglah kami salah lambat sejam sahaja,”tulisnya pada ruangan kapsyen.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan atau penjelasan mengenai kejadian tersebut daripada pemilik tersebut.

Pada masa sama, dia meminta supaya tetamu menghormati peraturan perniagaan orang lain terutama yang mengusahakan bisnes homestay.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:  FB Shafiq Ghani, TikTok @apitmuu, OMM

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pemilik Homestay Halau & Campak Barang Penginap, Hanya Lewat Sejam ‘check Out’!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*