“Rasa Macam Biadab Sangat” – Cikgu Fadli Dedah Bimbang Lebih Ramai Guru Tawar Hati.

GURU viral, Mohd Fadli Salleh mendedahkan hasratnya untuk bersara awal daripada kerjaya perguruan sebenarnya sudah tercetus sejak hampir dua tahun lalu.

“Kenapa saya bersara awal? Sebenarnya keputusan untuk bersara awal ni hampir dua tahun lepas terutama selepas kes saya hampir dibuang tu dan berjaya ‘diampunkan’.

“Apa yang saya nampak penjawat awam ni ada banyak akta. Saya banyak terikat, walaupun kita berkata, mengemukakan fakta, ia masih tidak boleh… itu akta.

“Bila kita bersuara, perkara itu melanggar akta. Rasa macam biadab sangat, ada akta tapi saya langgar seolah-olah besar kepala, saya tak nak macam tu. Saya rasa lebih baik undur dulu secara terhormat dengan bersara sebagai pilihan,” kata guru Matematik itu menerusi siaran langsung di Facebooknya, pada Rabu malam.

Majlis sempena persaraan Cikgu Fadli di sekolah.

Sehubungan itu, Mohd Fadli yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli menggesa supaya akta dan pekeliling kerajaan yang menyekat penjawat awam, termasuk guru daripada menyuarakan pandangan, dimansuh atau dipinda.

Bagaimanapun pempengaruh media sosial itu dalam satu luahan di Facebook mengakui jauh di sudut hatinya, dia tetap mencintai dunia pendidikan.

“Jujur dari hati paling dalam, saya sayang sungguh dunia pendidikan. Bagi saya, menjadi guru itu bukan karier. Tapi cinta.

“Kecintaan yang sangat dalam sebenarnya. Dan ramai sangat guru lain yang hebat, berdedikasi serta penuh kecintaan seperti saya.

“Namun satu demi satu mula tawar hati kerana mereka disekat untuk bersuara. Terlalu banyak akta yang mengikat mereka. Dah mula terbit dari mulut mereka ingin keluar dari sistem ini,” katanya lagi.

Cikgu Fadli tetap menyokong segala kebaikan dalam sistem pendidikan negara.

Mengulas lanjut, Cikgu Fadli berpendapat bahawa sudah tiba masanya beberapa akta perlu diubah daripada terus menyekat akar umbi menyuarakan pandangan jujur mereka.

“Hidupkan kembali jiwa-jiwa guru sejati yang hampir mati. InsyaAllah, pendidikan negara akan kembali gemilang dan bersinar terang.

“Sangat sayang bila satu demi satu guru berkualiti undur diri. Sayang juga bila semakin ramai guru bekerja hanya kerana gaji.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Rasa Macam Biadab Sangat” – Cikgu Fadli Dedah Bimbang Lebih Ramai Guru Tawar Hati."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*