‘Tak Dapat Beli Dendeng Nyet Berapi Tak Apa, Janji Dapat Jadi Menantu Ma,” KA Belanja Ibu Barang Kemas, Ramai Berseloroh Nak Jadi Bakal Menantu

Beberapa hari lepas, usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming mencipta sejarah lagi apabila jualan produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi mencapai lebih RM1.2 juta dalam tempoh tiga minit 39 saat, sebaik dilancarkan di platform TikTok Shop.

Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, mengumumkan berita itu pada hantaran Instagram (IG) dengan menyatakan sebanyak 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi ‘licin’ disambar pembeli.

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Menerusi satu perkongsian di TikTok @kedaiemassriindah, pemilik akaun itu telah memuat naik video Khairul Aming membeli barang kemas buat ibunya sebuah premis di Kota Bharu, Kelantan.

Khairul Aming belanja ibu barang kemas.

@kedaiemassriindah_ Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii 😍 thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang 💞😍 #kedaiemassriindah #emas916 #kotabharu #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓

“Tak dapat dendeng berapi pun tak apalah, dapat tengok founder dendeng berapi datang ke kedai pun jadi,” katanya pada ruangan kapsyen.

Menerusi rakaman berdurasi 24 saat itu, Khairul Aming menyatakan dia mahu membahagiakan ibunya terlebih dahulu sebelum orang lain.

“Hari ini kita bawa mak untuk meraikan dia. Kita kena bahagiakan mak dulu baru bahagiakan orang lain,” kata Khairul Aming sambil ketawa.

Khairul Aming belanja ibu barang kemas tarik perhatian ramai!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen seolah-olah mencuba nasib untuk memikat hati ibu kepada usahawan berkenaan.

Baru balik masjid, selawat 70,000 kali

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Baru lepas menyapu

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Kalau saya gonyoh kuali hitam jadi licin balik ma…

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen berstatus ibu berseloroh cuba menjadi besan kepada ibu pempengaruh berusia 32 tahun terbabit.

Anak baru dua tahun boleh tunggu ke?

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Belum ada anak, boleh tunggu ke

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Anak saya baru Tingkatan Satu..

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Selain itu, terdapat individu yang meninggalkan komen menyifatkan salah satu faktor kejayaan Khairul Aming adalah kerana dia menjaga ibunya dengan baik.

Terbaik Khairul Aming!

Khairul Aming belanja ibu barang kemas

Terdahulu, Khairul Aming telah mengeluarkan satu lagi produk baharu iaitu Dendeng Nyet Berapi yang habis dijual kira-kira 80,000 pek dalam masa 3 minit 39 saat ketika siaran langsung di platform TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: TikTok @kedaiemassriindah / OMM

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Tak Dapat Beli Dendeng Nyet Berapi Tak Apa, Janji Dapat Jadi Menantu Ma,” KA Belanja Ibu Barang Kemas, Ramai Berseloroh Nak Jadi Bakal Menantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*