‘Hanya Tuhan Yang Boleh Uji Kami’ – Jawapan Mengarut Murid Di Kertas Ujian Buat Cikgu Semakin Bimbang.

Seorang pelajar menulis di kertas peperiksaannya bahawa hanya ujian dari Tuhan sahaja yang berhak mengujinya.

Dalam satu catatan yang kini sudah dipadam oleh @brgsjks di laman X, satu kertas peperiksaan Sains Komputer yang memerlukan pelajar menjawab soalan mengenai kunci asing telah dimuat naik.

Daripada memilih untuk menjawab soalan itu, pelajar tersebut melakukan hal yang sebaliknya apabila menulis betapa beliau tidak berpuas hati dengan kertas peperiksaan tersebut.

Antara yang ditulis oleh pelajar tersebut adalah, ‘hanya Allah can test us’, ‘sesusah-susah tupai melompat, susah lagi ASK’ dan ‘baca bab lain, masuk bab lain.’

Walaupun ciapan asal telah dipadam, namun ia telah mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Sebahagian netizen meluahkan rasa bimbang dengan generasi anak muda sekarang yang tidak beradab dengan guru.

Manakala yang lain pula merasakan generasi anak muda sekarang ‘zero akhlak’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : The Vocket

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Hanya Tuhan Yang Boleh Uji Kami’ – Jawapan Mengarut Murid Di Kertas Ujian Buat Cikgu Semakin Bimbang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*