Tiap Kali Ziarah Kubur, Oyen Siap Iring Dan Tunjukkan Pusara. Rupanya Ada Kisah Sedih Antara Tok ma dan Si Oyen

Kucing antara haiwan yang paling memahami akan manusia. Kucing juga boleh merasai apa yang sedang dilalui oleh tuannya. Kalau dah rapat, memang kucing tu akan sentiasa menghargai penjaganya.

Namun, kisah seekor kucing oren yang tular baru-baru ini membuatkan sesiapa sahaja sebak dan tersentuh.

Menerusi perkongsian Nash Axis di TikTok, kucing bernama Oyen itu membuktikan kesetiaan si bulus kepada manusia sememangnya berlaku.

Tangkap layar rakaman video mengenai Oyen di tanah perkuburan.

Menurutnya, si Oyen akan mengiringinya setiap kali menziarah pusara nenek yang digelar Tok Ma, dan seperti mengetahui di mana lokasinya di tanah perkuburan.

“Setiap kali pergi ziarah Tok Ma dekat kubur, Oyen inilah yang akan sambut dan bawa kami ke kubur,” ujarnya.

Di sebalik kesetiaan seekor kucing itu, rupanya ada kisah mengenai arwah nenek yang tidak disangka-sangka

Menurut wanita itu, neneknya merupakan pencinta haiwan yang membela kucing sebagai peneman semasa hayatnya.

“Tok Ma semasa dia hidup suka bela kucing, dan sekarang Oyen inilah peneman Tok Ma dekat kubur,” ujarnya.

Rakaman video yang meraih lebih 300,000 tontonan itu menunjukkan kepintaran si Oyen menunjukkan jalan ke pusara Tok Ma.

Walaupun haiwan diketahui tidak mempunyai akal, namun Oyen membuktikan ‘kebolehannya’ menunjukkan pusara dengan betul.

Malah, setiap percakapan yang dikeluarkan oleh wanita itu seperti disambut baik kucing tersebut sepanjang oleh perjalanan ke pusara nenek.

“Oyen bawa pergi dekat kubur Tok Ma. Tunjuk… nak pergi kubur Tok Ma ni. Yang mana satu kuburnya?

 

Sedihnya, sampai kurus dia rindu.

NETIZEN

“Mana kuburnya, Oyen? Oh ini kuburnya, pandai Alhamdulillah. Assalamualaikum Tok Ma,” kata Nash yang membuat rakaman.

Perkongsian video itu bukan sahaja menyentuh hati netizen, malah ada yang turut bersimpati dengan Oyen.

Keadaan fizikal si bulus itu yang kelihatan agak kurus mengundang kesedihan dalam kalangan netizen.

Antara komen netizen.

“Sedihnya, sampai kurus dia rindu.

Berbuatlah baik kepada sesiapa dan sesama makhluk lain. Kita tak tahu kebaikan mana yang akan dibalas oleh Tuhan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : 

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tiap Kali Ziarah Kubur, Oyen Siap Iring Dan Tunjukkan Pusara. Rupanya Ada Kisah Sedih Antara Tok ma dan Si Oyen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*