Kongsi Status Sedih Di IG Buat Peminat Risau. Datuk Siti Buka Mulut Isu Rumah Tangga.

Hantaran penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram Story (IGs) menuai pelbagai persoalan dan andaian daripada netizen mengenai hubungan rumah tangganya dengan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Antara hantaran itu adalah mengenai bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.

Hantaran-hantaran itu seterusnya menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen terutamanya di platform X.

“Itulah. Tapi, dia pun dah padam hantaran itu. Mungkin ada orang yang dia kenal sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

“Jadi dia berkongsi hal itu. Semoga baik-baik sahaja untuk Siti Nurhaliza sekeluarga,” tulis satu netizen.

Secara berseloroh, Siti atau Siti Nuraliza Tarudin, 45, turut meminta orang ramai agar tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung hal berkenaan.

“Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan,” katanya ringkas.

 

siti 2

Siti bersama Datuk K dan dua anak mereka.

Siti berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya berserta gambar dia bersama suami Datuk Seri Khalid Jiwa dan dua orang anak mereka.

siti 3

Untuk rekod, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kongsi Status Sedih Di IG Buat Peminat Risau. Datuk Siti Buka Mulut Isu Rumah Tangga."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*