Pemuda Tak Puas Hati Dengan Ibu Bapa Tolak Stroller Masuk Lif. “Mengada-ngada Kalahkan Orang OKU.

Biasanya, kita akan dengar luahan daripada ibu bapa yang mempunyai anak kecil mengenai keutamaan penggunaan lif di pusat beli-belah.

Isu ini juga saban tahun diperdebatkan dan masyarakat dimaklumkan kemudahan lif diberi keutamaan kepada golongan OKU, warga emas, ibu mengandung dan ibu bapa yang bawa anak kecil.

Namun, masih ada juga individu yang pentingkan diri dan tidak berpuas hati dengan hak golongan ini.

Penggunaan stroller boleh memudahkan pergerakan ibu bapa, namun ia kadang-kala boleh menimbulkan masalah kepada individu lain.

Di Facebook, seorang pemuda meraih perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa kurang senang terhadap penggunaan stroller di dalam lif.

lif2

Malah individu itu turut membuat perbandingan antara penggunaan stroller dengan kerusi roda yang digunakan oleh orang kurang upaya (OKU).

Dalam hantaran itu, dia menempelak sikap segelintir ibu bapa yang mahu mendapat layanan istimewa ketika menggunakan lif hanya kerana mereka membawa anak kecil.

“Dia macam ni, kalau aku naik lif kosong, lepas tu sampai tingkat yang belum aku nak turun, kalau ada perempuan mengandung, ada OKU, ada orang tua, aku akan bagi laluan pada mereka.

Anak tu beban sangat ke? Kalau beban jangan buat anak.

PEMUDA FACEBOOK

“Tapi kalau ada stroller. aku biar je dia. Sebab bagi aku, anak dalam stroller tu elok je baring. Kau hanya perlu tolak stroller. Apa yang susah sangat? Ni yang bawa stroller acah lebih entitle berbanding OKU kenapa?” ujarnya.

Menurut pemuda itu lagi, anak adalah pilihan, jadi ibu bapa tidak wajar menganggap kehadiran anak sebagai satu beban.

“Anak tu beban sangat ke? Kalau beban jangan buat anak. Ada yang bandingkan orang tua tu tak entitle sebab dia pun duduk atas kerusi roda.

Hello? Orang tua tu dia physically entitle. Kau tu sihat tubuh badan dan buat anak tu pilihan. Aku dah kata geng stroller ni memang acah entitle mengalahkan orang tua dan OKU,” ujarnya lagi.

Pemuda itu membuat hantaran di laman facebook B40 Buat Apa Harini sehingga ia dihujani komen netizen dengan pendapat berbeza-beza.

“Bani stroller mana reti bahasa. Main langgar je macam tu.

lif

Jika tidak mahu berebut lif, tangga adalah alternatif yang lebih sihat untuk anda. -Gambar hiasan

“Kadang kalau kat lif, stroller habis rapat kat pintu. Orang dalam lif pula kena bagi laluan mereka masuk,” tulis netizen.

Namun, ada juga netizen yang tidak setuju dengan kenyataan pemuda itu dan menganggap dia sebagai biadab dan tidak bertimbang rasa.

“Itu pandangan hang. Kalau orang judge hang sebagai orang yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan, hang jangan melenting.

“Kau mesti mandul kan? Sebab tu panas hati dengan orang yang ada anak tak habis-habis,” tegur netizen pula.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pemuda Tak Puas Hati Dengan Ibu Bapa Tolak Stroller Masuk Lif. “Mengada-ngada Kalahkan Orang OKU."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*