Pengemis warga asing kutip RM10,000 sebulan

 

PETALING JAYA – Pengemis warga asing berjaya meraih pendapatan lebih RM300 sehari atau RM10,000 sebulan dengan menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati.

Itu merupakan antara taktik lazim pengemis warga asing yang ditahan dalam operasi membanteras pengemis jalanan bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Ops Bersama, pada pukul 6.30 petang, semalam.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir, seramai tujuh warga asing berusia antara 34 hingga 63 tahun ditahan, yang mana lima daripadanya adalah pengemis.

Baharuddin berkata, mereka terdiri daripada tiga lelaki warga Kemboja dan dua lelaki warga Thailand serta masing-masing seorang lelaki dan wanita warga Indonesia yang bekerja di gerai pasar malam berkenaan.

“Operasi dijalankan selepas kami menerima aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis serta pengutip derma warga asing di pasar malam berkenaan. Mereka menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati.

“Ada juga di antara pengemis yang ditahan cacat anggota, yang mana mereka mengaku mampu meraih pendapatan lebih RM300 sehari atau RM10,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, pihaknya dengan kerjasama semua jabatan penguatkuasa lain di negeri ini akan terus mempergiatkan lagi operasi bagi membanteras isu pengemis dan aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran secara sindiket dari terus berleluasa.

Sementara itu, dua warga Indonesia yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Satu notis hadir ke pejabat juga dikeluarkan dalam operasi ini bagi membantu siasatan. Kita turut memandang serius terhadap isu warga asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang diberikan,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : KOSMO! ONLINE

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pengemis warga asing kutip RM10,000 sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*