Orang Ramai Kata Muka Sama, BFF Berbangsa India Rupanya Kakak Kandung.

Mempunyai kawan baik sememangnya merupakan anugerah dalam hidup kita

Walaupun mereka bukanlah keluarga kita, tetapi mereka mungkin boleh membantu kita ketika berada dalam keadaan susah.

Malah, sesetengah orang juga mungkin lebih memilih kawan baik untuk meluahkan perasaan mereka daripada ahli keluarga sendiri betul tak?

Tular baru-baru ini apabila dua orang wanita baru mengetahui selama ini mereka adalah adik-beradik.

Diberikan pada keluarga angkat sejak kecil lagi

Madam Fatimah 71, berbangsa Melayu dan Madam Thangah Koh, 72 berbangsa India merupakan dua orang wanita yang sudah berkawan baik sejak kecil lagi. Malah, jiran-jiran mereka juga ada menegur dan memberitahu bahawa muka mereka kelihatan sama.

Difahamkan, pada usia lima bulan Madam Thangah diberikan kepada keluarga angkatnya dan pada usia dua bulan Madam Fatimah juga diberikan pada keluarga angkat, semuanya berlaku kerana pada waktu itu keluarga mereka kesempitan wang.

Selepas lama menjadi kawan, baru tahu rupa-rupanya adik-beradik kandung

Semasa membesar, keluarga mereka sering memberitahu untuk bermain bersama-sama namun mereka tidak mempersoalkan mengapa. Sehingga pada usia 20 tahun Madam Thangah mahu mendaftar kad pengenalan dirinya dan daripada situ satu persatu mula terbongkar.

Dia telah pergi mencari ibu bapa kandungnya kerana dia ingin mendapatkan maklumat dan dokumen untuk mendaftar kewarganegaraan Singapura.

Dia tidak mempunyai dokumen pengangkatan rasmi dan oleh itu tidak boleh mendaftar untuk IC merah jambu untuk warga Singapura. Sebaliknya, dia memegang IC biru yang menyatakan kewarganegaraan dan negara kelahirannya sebagai “tidak ditentukan”.

Selepas mencari alamat rumah ibu bapa kandungnya daripada jiran, dia dan ibu angkatnya mengetuk pintu rumah mereka.

Ibu kandungnya pada mulanya menyangka dua wanita itu, yang memakai pakaian tradisional India, mengetuk pintu yang salah.

Bapa kandungnya, dilihat sangat gembira selepas menemuinya. Mereka pernah meletakkan iklan mencarinya di akhbar Cina, tetapi tidak berjaya.

Pada hari yang sama, bapa kandungnya memberitahu bahawa Puan Fatimah adalah kakak kandungnya. Kedua-dua wanita berkata mereka gembira mengetahui hubungan sebenar mereka.

 

Sumber: Seismik

Be the first to comment on "Orang Ramai Kata Muka Sama, BFF Berbangsa India Rupanya Kakak Kandung."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*