Aisar Khaled Bangga Geng Subuh Penuhi Masjid Brunei. Tak Lepas Peluang, Sedekah Roti Canai Dan Tiga Ekor Kambing.

SEMPENA kedatangan tahun baharu, personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled berazam untuk melakukan lebih banyak perkara bermanfaat buat pengikutnya.

Salah satu yang membanggakan Aisar apabila dia berjaya menyahut cabaran pengikut yang memintanya memeriahkan solat Subuh berjemaah di Brunei dan ia menerima sambutan menggalakkan.

Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, berkata seramai 10,000 orang hadir ke Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Brunei pada Jumaat dan dia turut bersedekah sebanyak 1,000 keping roti canai bersama tiga ekor kambing kepada jemaah.

aisar2 - 1

Aisar mahu memberikan pengaruh baik buat pengikut di media sosial.

“Alhamdulillah sambutan jemaah Subuh di Brunei sangat mengalakkan. Saya juga ada belanja 1,000 keping roti canai dan tiga ekor kambing untuk para jemaah.

“Lebih 10,000 orang hadir untuk solat jemaah Subuh bersama sewaktu saya berada di Brunei.

“Syukur untuk tahun 2024 saya berharap semoga saya dapat lebih banyak lagi kongsi perkara-perkara bermanfaat dan membantu lebih ramai orang.

“Saya juga mahu menjadi individu yang lebih positif dan dapat memberi pengaruh baik kepada masyarakat,” katanya.

Meskipun menerima sambutan hebat, namun segelintir netizen menyifatkan kehadiran orang ramai di masjid tersebut adalah kerana ingin mendengar ceramah pendakwah bebas dari Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad dan bukannya kerana cabaran yang dibuat oleh Aisar di media sosialnya sebelum ini.

Syukur untuk tahun 2024 saya berharap semoga saya dapat lebih banyak lagi kongsi perkara bermanfaat.

AISAR KHALED

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Tidak melatah dengan komen itu, Aisar berkata pada asalnya dia tidak mengetahui tentang kehadiran pendakwah bebas itu, namun menyifatkan tiada salah sekiranya dia turut serta menggalakkan orang ramai hadir berjemaah di masjid berkenaan.

“Sebenarnya saya datang Brunei tak terfikir pun untuk buat Geng Subuh Macam Jummat ini tetapi saya lakukan ini di atas permintaan orang-orang Brunei sendiri.

“Kebetulan tarikh yang saya buat sama dengan kehadiran Ustaz Abdul Somad. Bagi saya tidak salah pun kalau saya mahu ramaikan lagi masjid untuk solat Subuh dan sama dengar ceramah ustaz.

aisar4 - 1

Aisar berjaya menyahut cabaran menunaikan solat jemaah Subuh di Brunei.

“Bagi saya itu adalah benda yang baik dan tak salah kalau kita mahu lakukan perkara yang baik-baik,” ujarnya.

Sebelum itu, Aisar memuat naik sebuah video memaparkan pengikutnya mencabar dia untuk melakukan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ seperti yang dilakukan oleh penyanyi Alif Satar.

Aisar menyahut cabaran itu dan terus mencari lokasi masjid di Brunei yang bersesuaian selain menempah tiga ekor kambing untuk dihidangkan kepada ahli jemaah yang hadir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Aisar Khaled Bangga Geng Subuh Penuhi Masjid Brunei. Tak Lepas Peluang, Sedekah Roti Canai Dan Tiga Ekor Kambing."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*