Tolonglah Panggil Saya Berlakon. Saya Tak Letak Sebarang Syarat Berat.’- Anne Ngasri

PETALING JAYA: “Tiada syarat melampau, harga tak demand. Tolonglah panggil saya berlakon.”

Demikian luahan pelakon, Datin Anne Ngasri selepas diajukan soalan adakah dia sudah melambaikan tangan selamat tinggal kepada industri seni lantaran wajahnya kurang terlihat di layar kaca beberapa tahun ini.

Jelasnya, dunia lakonan adalah minatnya sejak kecil dan dia tidak keberatan untuk kembali mewarnai industri seni jika tawaran yang diterima bertepatan dengan terma dan statusnya sebagai isteri serta ibu.

“Ramai ingat saya sudah berhenti berlakon sedangkan saya masih aktif cuma tidaklah kerap. Ada beberapa drama di bawah produksi sendiri sahaja. Itu pun bukan watak yang besar, sampingan sahaja.

“Bukan sahaja peminat, ada produksi luar juga anggap saya tidak lagi berlakon. Jadi mereka tidak menawarkan watak. Sebab itu saya banyak terlibat dengan produksi keluarga sahaja. Tak ada yang nak panggil saya berlakon.

“Saya tidak pernah berhenti berlakon. Dunia lakonan adalah hobi dan minat saya. Kalau tinggal rasa tak selesa. Cuma saya ada jadual sendiri kerana komitmen tertentu. Tetapi saya terbuka sahaja,” ujarnya.

Adik kepada pelakon, Bell Ngasri dan Darling Ngasri ini ditemui ketika tayangan perdana drama bersiri Gemersik Berbisik di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anne tidak menganggap status sebagai ahli politik membuatkan ramai produser takut untuk menawarkan watak kepadanya apatah lagi, dia juga dilihat lebih senang dengan kerja-kerja kemasyarakatan.

“Saya alu-alukan sahaja jika ada yang panggil berlakon. Tetapi macam saya cakap, saya ada jadual sendiri. Kalau di luar kawasan itu mungkin sukar. Apatah lagi komitmen sebagai Timbalan Pengerusi Giat Mara, memang tinggi.

“Dan yang selalu boleh ikut jadual saya adalah syarikat produksi keluarga saya sendiri. Tetapi saya tak ada letak sebarang syarat yang berat,”katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Utusan

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tolonglah Panggil Saya Berlakon. Saya Tak Letak Sebarang Syarat Berat.’- Anne Ngasri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*