Rider Tinggal Kek Tepi Jalan, Ibu Sedih Kejutan Birthday Anak Dalam Kem Tentera Tak Menjadi.

SEORANG wanita melahirkan rasa terkilan terhadap pekerja servis penghantaran kerana didakwa tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Dek kerana itu wanita berkenaan mendakwa, niatnya untuk memberi kejutan dengan menghadiahkan sebiji kek kepada anaknya yang berkhidmat sebagai anggota tentera tidak kesampaian.

Kisah yang dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah itu didedahkan menerusi satu tangkap layar daripada status WhatsApp yang dimuat naik seorang individu lain di di Facebook.

Tugas seorang rider adalah memastikan pesanan sampai ke tangan pelanggan. -Gambar hiasan

“Beli kek melalui (servis) penghantaran untuk hari jadi anak menggunakan perkhidmatan p-hailing. Lepas tu rider tak nak masuk kem, dia tinggal je tepi jalan suruh anak pergi ambil sendiri.

“Masa anak bertugas, dia mana boleh keluar. Kesudahannya kek tu dah ada dekat tepi jalan. Anggap saja sedekah dekat orang yang ambil tu. Sudah rezeki… tapi rezeki pada yang mengambil,” ujar wanita tersebut.

Turut dikongsikan ialah foto sebiji kek yang diletakkan di pembahagi jalan di bawah cuaca panas.

Kebiasaannya foto seperti itu dirakam dan dihantar kepada pelanggan oleh rider sebagai bukti mereka siap menyelesaikan tugas.

Dengar kedua-dua pihak dulu, pelik je dia tinggal dekat situ.

NETIZEN

Seperti dijangka perkongsian itu mengundang kemarahan ramai.

“Lapor je kepada syarikat servis, kemudian klik butang tidak terima makanan. Biar rider yang tanggung harga makanan tu.

“Harap-harap pihak syarikat bagi hukuman keras dekat rider pemalas ni.

“Kita yang buat servis ni nak dapat pesanan pun susah. Tapi yang dapat order macam ni tak amanah langsung,” demikian kata beberapa netizen.

Dalam pada itu ramai juga yang memilih untuk tidak menyalahkan rider berkenaan sepenuhnya kerana mungkin wujud kesilapan di pihak pelanggan.

Komen netizen pada hantaran asal.

Kata mereka kesilapan menanda lokasi yang tepat sewaktu membuat tempahan juga mungkin menjadi punca perkara itu berlaku.

“Kadang-kadang mereka nak buat kejutan. Kem punya peraturan bukan boleh macam masuk rumah pangsa.

“Dengar kedua-dua pihak dulu. Pelik je dia tinggal dekat situ, kenapa tak tinggal dekat pintu masuk kem je.

“Kalau salah pin lokasi tu, salah kau la sebab kawasan kem memang payah nak pin betul-betul. Tapi kalau salah, boleh berurusan dengan rider siap-siap,” komen netizen memberikan pendapat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Rider Tinggal Kek Tepi Jalan, Ibu Sedih Kejutan Birthday Anak Dalam Kem Tentera Tak Menjadi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*