“Tiba-tiba Rasa Peluh Sejuk Dan Saya Sendiri Tidak Dapat Hendak Menggambarkan Perasaan Ketika Itu..” Waheeda Wassini Diserang Penyakit Jantung.

Kematian adalah sebaik-baik peringatan ataupun nasihat. Saidina Umar al-Khattab sering mengingatkan dirinya akan kematian sehinggakan beliau memakai cincin yang terukir:

“Cukuplah kematian sebagai peringatan, wahai Umar.” [Mukhtasar Tarikh Dimasyq oleh Ibn Manzur, 18/313]

Justeru, mengingati kematian adalah tuntutan agama. Hikmah mengingati kematian adalah agar kita dapat mempersiapkan diri dengan amal soleh dan memperbaiki kualiti amalan selaras tuntutan syariat.

Oleh itu, seseorang yang mengingati kematian akan menyegerakan amal kebajikan dan mencegah diri daripada melakukan perbuatan maksiat.

“Pada usia begini, kalau tidak saya meninggal dunia dahulu, suami saya, itu saja yang berada dalam fikiran ketika ini.”

Berbahas soal ini, demikian luahan ringkas penyanyi Waheeda apabila berbicara mengenai perancangannya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tegas Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 46, peringatan mengenai kematian bertambah kuat apabila dirinya diserang penyakit jantung pada tahun 2019.

“Selang sehari selepas arwah Kelly iaitu pemain bass terkenal meninggal dunia akibat serangan jantung, saya pula buat pertama kalinya diserang penyakit yang sama. Ketika itu saya sedang berseorangan di sebuah pusat membeli belah.

“Tiba-tiba rasa peluh sejuk dan saya sendiri tidak dapat hendak menggambarkan perasaan ketika itu. Ada rasa hendak muntah, rasa seperti hendak pitam namun saya kuatkan diri ke kereta.

“Namun takut juga sekiranya saya pengsan atau tidak sedarkan diri dalam kereta dan orang tidak menyedari perkara itu. Namun ketika berdepan serangan jantung itu, saya juga sempat meminta nasihat sepupu yang juga seorang doktor.

“Katanya sekiranya berlaku lagi pada masa hadapan, saya tidak boleh lagi mendapatkan rawatan di klinik sebaliknya terus ke unit kecemasan di hospital,” kata Waheeda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Muray

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Tiba-tiba Rasa Peluh Sejuk Dan Saya Sendiri Tidak Dapat Hendak Menggambarkan Perasaan Ketika Itu..” Waheeda Wassini Diserang Penyakit Jantung."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*