Achey Mengalir Air Mata, Usahawan Jersi Tunai Janji. Beri Hadiah Kereta Pacuan Empat Roda.

PELAKON Achey menangis terharu apabila dihadiahkan sebuah kereta jenis Ford Ranger oleh usahawan jersi iaitu Faris Azri.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38 yang pada awalnya ditutup matanya menitiskan air mata apabila selepas menerima kejutan tersebut.

Menurut Faris, hadiah itu diberikan memandangkan Achey sebelum ini telah banyak membantunya dalam mempromosikan perniagaan jersinya.

Achey 1 (1)

Isteri dan anak merupakan tulang belakang Achey.

“Semasa saya berada di Johor, akaun saya kena shadow banned. Saya minta abang Achey untuk tolong blast banyak-banyak konten untuk saya.

“Kalau saya capai satu limit (yang saya mahu), saya janji saya akan bagi abang Ford Ranger betul? Kali ini saya kotakan janji saya.

“Kali ini saya memang mahu buat abang menangis, ini kerana untuk abang,” katanya kepada Achey.

Achey memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagramnya pada Selasa.

Situasi tersebut bukan sahaja mengundang sebak kepada Achey, malah rata-rata peminatnya juga meluahkan perkara yang sama di ruangan komen.

“Mengalir air mata aku. Semoga rezeki Achey mencurah-curah.

“Sebelum ini Achey sembangkan van jenazah. Hari ini rezeki dia dapat Ford. Ni namanya kalau nak rezeki luas, kena sedekah dengan ikhlas,” kata mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Achey Mengalir Air Mata, Usahawan Jersi Tunai Janji. Beri Hadiah Kereta Pacuan Empat Roda."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*