‘Datang Ambil Duit Anak Laju..” Tapi Mesyuarat PIBG Liat Nak Datang! Guru Fadhli Salleh Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa Lepas Tangan.

MENURUT Akta Pendidikan 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan, bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru.

Permuafakatan ini bukan sahaja penting untuk ibu bapa dan guru, malah ia mustahak kepada pelajar kerana ia ibarat tunjang kepada pelbagai aktiviti dan kebajikan anjuran pihak sekolah.

Meskipun mesyuarat PIBG dilakukan hanya beberapa kali sahaja dalam setahun, namun sangat menyedihkan apabila ia tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada golongan ibu bapa.

Situasi ini secara tidak langsung menyukarkan guru mendengar pandangan atau buah fikiran daripada ibu bapa bagi tujuan penambahbaikan pelbagai aspek untuk kebaikan sekolah.

Pendedahan ’10 fakta sedih mengenai PIBG’ oleh seorang guru yang tidak asing di laman Facebook, Mohd Fadli Salleh, mengukuhkan lagi situasi sebenar dihadapi persatuan ini di kebanyakan sekolah.

1. Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Kebiasaannya ramai guru daripada ibu bapa yang hadir.

2. Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat. Ini paling menjengkelkan.

sekolah 1 new

Dana PIBG antaranya digunakan untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan untuk pelajar. -Gambar hiasan/The Star

3. Tidak ramai yang membayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya sumbangan, bukan yuran.

4. Kebanyakan sekolah hanya dapat mengumpul 30 hingga 40 peratus sahaja sumbangan PIBG. Selebihnya buat keras macam tunggul kayu.

5. Duit sumbangan RM100 untuk seorang murid, hampir 100 peratus ibu bapa datang ambil. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi.

6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Sedangkan hakikatnya, wajib ada tanda tangan Bendahari serta YDP PIBG jika mahu dikeluarkan waima RM1 dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG.

7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor.

Buat jualan dan sebagainya. Apabila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai.

8. Ibu bapa yang pendapatan rendah lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Ada yang bayar ansuran RM10 sebulan.

Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang ramai liat nak bayar. Ini realiti yang sangat menyedihkan.

St Xavier's Institution happy recieved  a pack of stationery and face mask sponsored by counselling unit of St Xavier's and PIBG on the first day of face to face school session at the school loby in George Town, Penang. ( November 22,2021 ). —ZHAFARAN NASIB/The Star

Selain itu, dana PIBG yang dikumpul juga dimanfaatkan untuk memberi sumbangan kepada pelajar. -Gambar hiasan/The Star

9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan kepada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid.

Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas. Kipas dah rosak berbulan tak boleh tukar.

10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.

Justeru guru ini menasihatkan para ibu bapa agar mengubah mentaliti masing-masing demi kebaikan anak bangsa.

“Sokong PIBG untuk anak-anak kita juga. Usah berkira lagi untuk pendidikan anak-anak kita. Ibu bapa cakna, anak-anak terbela,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Datang Ambil Duit Anak Laju..” Tapi Mesyuarat PIBG Liat Nak Datang! Guru Fadhli Salleh Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa Lepas Tangan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*