Rasa bersalah pakai tudung murah RM1,200, usahawan ‘Update’ beli kasut RM5,290 pula

Usahawan yang baru sahaja mencetuskan kontroversi apabila memberitahu memakai tudung murah dengan harga RM1,200 kini kembali mencuri tumpuan dengan berkongsi video beli kasut berharga RM5,290 pula.

Rasa bersalah tudung lagi murah dari kasut

Menerusi muat naik yang dibuat Haliza Maysuri, dia memaklumkan rasa bersalah diatas penampilannya apabila harga kasut lebih marah daripada tudung yang dipakai di kepala.

“Rasa bersalah pula pakai tudung murah RM1,200 ni sebab kasut letak dekat kaki harga Rm5,290, sedangkan tudung junjung atas kepala,” tulisnya.

@halizamaysuri @FERRAGAMO ♬ original sound – Haliza Maysuri

Perkongsian tersebut sudah tentu menuai kecaman daripada pihak netizen kerana ada di antara mereka mendakwa usahawan itu bersikap riak dengan menyebut sekali harga pakaian yang digayakan.

Mereka juga memepersoalkan tujuan usahawan terbabit memberitahu harga setiap barangan yang dibeli kerana sudah pasti menjadi bahan kecaman netizen.

usahawan beli kasut

Nasib beritahu usahawan beli kasut RM5,290, kalau tak mesti ramai tak tahu

usahawan beli kasut

Terpaling mahal ye barang-barang dia

usahawan beli kasut

Kita miskin ujian, kita kaya pun ujian

 

Tapi bangga tau ada orang Islam kaya

Walau bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen positif dengan menzahirkan rasa gembira melihat ada anak bangsa mengecapi kemewahan dengan usaha sendiri.

usahawan beli kasut

Terdahulu, usahawan jenama tudung terkenal itu telah dikecam hebat netizen kerana memuat naik video memberitahu tentang harga tudung bernilai RM1,200 yang dianggap murah.

Mereka juga menuduh usahawan berkenaan bersikap riak dengan cara ‘merendah diri’ memandangkan harga RM1,200 untuk sehelai tudung sangat tidak masuk akal jika dipakai sehari-hari.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : OMM, TikTok Haliza Maysuri

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Rasa bersalah pakai tudung murah RM1,200, usahawan ‘Update’ beli kasut RM5,290 pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*