“Dana Kian Menyusut, Ikutkan Hati  Taknak Meminta,”…  Noorkhiriah Terpaksa Cari Dana Teruskan Kerja Amal Pengurusan Jenazah

SELEPAS empat tahun menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma, pelakon Noorkhiriah mengakui program kebajikan dilakukan olehnya itu memerlukan kos yang agak tinggi.

Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, berkata urusan kematian bukanlah sesuatu perkara yang boleh diduga dan sehingga kini masih ramai lagi individu yang memerlukan bantuan itu.

Malah, Noorkhiriah berkata Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan sejak 2020 itu tidak pernah memilih status dalam memberikan bantuan berkaitan hal pengurusan jenazah.

Noorkhiriah berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan.

Noorkhiriah berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan.

“Sebenarnya untuk menguruskan jenazah ini memerlukan wang yang banyak. Kalau nak bersalin kita boleh tahu bila waktu sesuai untuk menyimpan wang.

“Tetapi kita tidak tahu bila waktu tibanya kematian itu. Kadang-kadang ada yang menelefon kami sampai menangis kerana tidak percaya perkhidmatan ini dilakukan secara percuma.

“Saya faham tidak semua orang berkemampuan dan kami juga tidak memilih status untuk membantu. Tidak kira siapa pun yang menghubungi kami, kaya atau miskin tetap kami akan bantu menguruskan jenazah itu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Bedah Tong Gas ini memberitahu dia sebenarnya envgan mahu meminta sumbangan daripada orang ramai, namun disebabkan ingin meneruskan usaha murni ini pihaknya terpaksa mencari dana tambahan.

Kata Noorkhiriah, sekiranya dia menggunakan kewangan sendiri mungkin ia tidak mencukupi untuk menanggung keseluruhan kos pengurusan termasuk memandikan dan mengkafankan jenazah.

“Saya kan buat secara percuma jadi daripada duit sumbangan itulah saya gunakan untuk bayar sukarelawan dan beli perkakasan pengurusan jenazah.

“Itulah kegunaan duit sumbangan yang saya akan gunakan. Kalau ikutkan hati saya tak nak minta sumbangan ini tetapi untuk menggerakan pertubuhan ini, saya terpaksa berikhtiar mencari dana.

Noorkhiriah memberitahu pengurusan jenazah memerlukan kos yang tinggi.

Noorkhiriah memberitahu pengurusan jenazah memerlukan kos yang tinggi.

“Sekiranya hanya menggunakan wang sendiri, mungkin saya hanya mampu memberikan perkhidmatan van jenazah kerana proses pengurusan memerlukan kos yang banyak,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram miliknya Noorkhiriah memaklumkan dana sumbangan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah semakin menyusut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Aktres berkenaan dengan rendah hati memohon sumbangan seikhlas orang ramai agar pihaknya dapat meneruskan kerja kebajikan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Dana Kian Menyusut, Ikutkan Hati  Taknak Meminta,”…  Noorkhiriah Terpaksa Cari Dana Teruskan Kerja Amal Pengurusan Jenazah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*