Barang Dijual Dalam Talian Bawah Rm500 Kena Cukai 10 Peratus Mulai 1 Januari

Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan, 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Malaysia sepatutnya mengenakan cukai LVG sebanyak 10 peratus ke atas barangan berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi telah ditangguhkan oleh jabatan kastam pada Mac tahun ini.

Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6 November 2023, jabatan itu berkata, pengenaan cukai jualan ke atas LVG akan bermula pada 1 Januari 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas LVG telah berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2023.

JKDM mentakrifkan LVG sebagai semua barangan — tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok — yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Barang Dijual Dalam Talian Bawah Rm500 Kena Cukai 10 Peratus Mulai 1 Januari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*