Cincin Rm3.7 Juta Milik Usahawan Malaysia Yang Hilang Dijumpai Dalam Pembersih Vakum

SEBENTUK cincin bernilai €750,000 (RM3.77 juta) yang hilang di sebuah hotel di Paris akhirnya ditemui, rupanya di dalam pembersih vakum.

Pemiliknya, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang merupakan tetamu di hotel itu, membuat laporan polis pada Jumaat selepas mengesyaki seorang pekerja mencuri cincin berkenaan.

Memetik laporan Le Parisien, pengawal keselamatan hotel menemui cincin itu bersama habuk di dalam beg pembersih hampagas pada Ahad.

Tambah akhbar itu, tetamu tersebut pergi ke London pada Jumaat, tetapi kini akan kembali ke Paris untuk mendapatkan cincinnya.

The Ritz berkata ia telah menawarkan tiga malam penginapan tambahan kepada tetamu itu atas kesulitan itu, walaupun difahamkan dia tidak berhasrat untuk menerima tawaran berkenaan.

Dalam satu kenyataan kepada Le Parisien, hotel itu berkata: “Terima kasih kepada tugas pengawal keselamatan yang begitu teliti, cincin itu ditemui pagi ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di Ritz Paris yang menggerakkan pencarian ini dan yang bekerja setiap hari dengan integriti dan profesionalisme.”

Ahli perniagaan itu memberitahu polis bahawa dia meninggalkan cincin itu di atas meja di bilik hotelnya pada hari kejadian ketika dia pergi membeli-belah di bandar selama beberapa jam, dan apabila dia kembali, cincin itu didapati hilang.

Polis kemudian menjaga cincin itu sehingga wanita itu dapat mengambilnya semula. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Cincin Rm3.7 Juta Milik Usahawan Malaysia Yang Hilang Dijumpai Dalam Pembersih Vakum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*