Kereta musnah terbakar, Roy Azman dan keluarga selamat

Kuala Lumpur: Pelakon, Roy Azman bersama isteri dan anak bongsunya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbakar ketika melalui sebuah lebuh raya.

Dalam kejadian dipercayai berlaku malam tadi itu, kereta itu rentung dan musnah 100 peratus.

Roy atau Zairosminan Abdul Rahman, 53, berkata, mereka bagaimanapun sempat keluar daripada kenderaan selepas ada pengguna jalan raya lain memberi amaran keretanya sedang terbakar.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar pukul 11 malam, ada kereta memberikan hon memaklumkan kereta saya terbakar tetap saya tidak nampak sebab api menyala di bahagian bawah kenderaan.

“Apabila sedar kejadian itu, nak berhenti pun tak boleh kerana brek pula tidak berfungsi… Mujur brek tangan berfungsi.

“Syukur isteri dan anak bongsu sempat lari keluar daripada kereta,” katanya.

Roy memuat naik video dan gambar keretanya sedang terbakar itu di Instagram dan Facebook kira-kira jam 7.30 pagi, hari ini.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak memaklumkan waktu kejadian dan lokasi kejadian, selain memberitahu mereka sekeluarga selamat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Roy Azman (@thisisroyazman)

“Salam semua, alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur.

“Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan,” tulisnya di hantaran itu.

 

 

 

Sumber : HMetro Online, Mstar, Instagram

Be the first to comment on "Kereta musnah terbakar, Roy Azman dan keluarga selamat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*