Tak Sangka Isteri Hamil, Ibu Mentua Mangsa Kemalangan Maut

Seorang lelaki tidak menyangka dua mangsa maut adalah isterinya yang hamil lima bulan dan ibu mentua dalam kejadian di Jalan Kolon, Pokok Sena pada pagi Ahad.

Ismail Mohamad, 28, yang bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier berkata, dia bergegas ke lokasi kemalangan yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya selepas menerima klip video mengenai kejadian.

“Saya menerima klip video di WhatsApp yang menunjukkan sebuah kereta berwarna biru kemalangan.

“Saya tergerak hati untuk telefon isteri tapi tiga kali panggilan tak dijawab dan kakak pula maklumkan mereka belum sampai.

“Disebabkan tak sedap hati, saya ke tempat kejadian sebelum mendapati isteri dan ibu yang terlibat dalam kemalangan itu,” katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada Ahad.

Dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena pada pagi Ahad.
Dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena pada pagi Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kolon, Pokok Sena.

Dua mangsa itu meninggal dunia selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori tanah.

Hasrat pasangan tersebut untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada April tidak kesampaian dan Ismail reda dengan pemergian isterinya itu.

Menurutnya, mereka teruja menunggu kehadiran cahaya mata selepas isterinya keguguran semasa kandungan pertamanya berusia dua bulan tahun lalu.

“Kami belum beli kelengkapan lagi kerana belum tahu jantina anak tetapi kami berdua memang teruja, namun segala-galanya tak kesampaian kerana takdir menentukan mereka pergi dahulu,” katanya yang sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua pada 11 Disember ini.

Jelas Ismail, mereka juga merancang untuk bercuti di ibu negara kerana isteri mahu melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Semalam ketika kami pergi makan kenduri di Perlis, saya ajak dia bergambar dan tak sangka itu yang terakhir walaupun pada awalnya dia tak mahu kerana susah nak panjat batu,” ujar beliau.

Tambahnya, jenazah isteri dan ibu mertuanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lala di Pokok Sena setelah proses bedah siasat selesai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tak Sangka Isteri Hamil, Ibu Mentua Mangsa Kemalangan Maut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*