A.Aida syukur anak dan menantu selamat

Kuala Lumpur: Penerbit, Datuk A Aida bersyukur apabila anak perempuannya, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin, 27, dan suami, Zain Azrai Abdul Aziz, 27, terselamat dalam kejadian banjir kilat di Bukit Tinggi, Pahang, malam tadi.

Aida menerusi Instagram, berkongsi video yang memaparkan anak dan menantunya sempat memberhentikan kereta dari meredah banjir kilat itu.

Mereka mengambil keputusan tidak meneruskan perjalanan dari terus meredah lokasi berbahaya itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka dalam perjalanan pergi atau balik dari berkunjung ke villa mewah Kasturi D’Manggis milik A Aida di situ.

Kawasan Bukit Tinggi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama beberapa jam, malam tadi.

Berdasarkan rakaman video kejadian yang tular di Facebook menunjukkan arus deras turun dari kawasan tinggi hingga membanjiri kawasan rendah di pekan Bukit Tinggi.

Terdahulu, pada 15 Julai lalu, pasangan ini selamat bernikah di lokasi terbabit dengan disaksikan Penolong Pendaftaran dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.

Mereka turut bertunang di lokasi sama pada 20 Mei lalu.

 

Sumber : Hmetro Online

Be the first to comment on "A.Aida syukur anak dan menantu selamat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*