Baru Nak Lepas Hajat, Pemuda Terkejut Tiba-Tiba Ada Kepala Muncul Dari Bawah Pintu

 

HENDAK melepaskan ‘hajat’ pun tak senang.

Seorang lelaki berdepan detik ‘seram’ apa aktivitinya di dalam tandas cuba diintai seseorang.

Menerusi video yang dikongsikannya di laman sosial, kelihatan kelibat seorang individu dipercayai kanak-kanak cuba mengintai ketika dia mahu membuang air besar.

Difahamkan, kejadian berlaku di tandas dekat sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.

Menurut pemuda berkenaan, ketika itu dia baru selesai makan di medan selera di pasar raya berkenaan.

Kepala seorang budak jelas kelihatan di kanan tandas.

“Perut rasa memulas, jadi terus pergi ke tandas. Nasib baik baru sempat buka seluar je, masih pakai boxer lagi.

“Tiba-tiba perasan macam ada kepala orang tengah menonggeng kat bahagian bawah dinding tandas,” tulisnya menerusi video tersebut.

Rakaman berdurasi satu minit dan 47 saat itu menunjukkan kelibat kepala seseorang di bahagian ruang terbuka antara dinding kiri dan lantai tandas.

Tidak berhenti setakat itu, kelibat itu bukan hanya muncul di bahagian kiri tandas malah di kanan dan luar pintu.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya.

“Lepas tu aku pelik kenapa sampai kiri kanan dia pergi (mengintai)? Sampai pintu depan pun dia intai juga,” ujarnya.

Lebih menakutkan, budak tersebut kembali muncul menghantuinya selepas disangka beredar keluar dari tandas.

“Aku ingatkan dia dah blah (beredar). Sekejap je dia datang balik dah. Tak mungkin dia cari ayah dia atau siapa-siapa,” tambahnya lagi sambil menunjukkan budak tersebut meletakkan kedua-dua tangannya di lantai tandas untuk cuba mengintai di ruang terbuka dinding.

Susulan kejadian yang dialaminya itu, dia menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka terutama di tempat awam.

“Awasi anak-anak anda ye. Nasib baik sempat buka seluar je dan cepat perasan. Kalau tak, percuma kau tengok wayang percuma dik.

“Nasib budak… kalau tak, memang aku sepak je kepala kau tadi. Cuma fikirkan budak-budak… kot dia cari ayah atau abang dia,” katanya namun tidak menjelaskan sama ada budak tersebut bersuara ketika kejadian berlaku.

Antara komen netizen.

Bagaimanapun, tindakan budak misteri berkenaan yang dianggap agresif masih diragui.

“Tapi makin pelik pula sampai lubang kat situ kau tonggeng mengintai dik. Risau besar nanti jadi pengintip bersiri,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan bimbang dengan insiden yang menimpa pemuda berkenaan.

“Takutnya, walaupun budak kalau aku la nampak kepala begitu, aku jerit sekuat hati.

“Boleh letak tangan kat lantai kotor macam tu, loya. Kita ni nak jejak pun dah loya kalau tandas awam ni dengan bau lagi. Terpaksa je sebab tak tahan, ini lagi nak letak tangan.

“Bahaya begitu. Lagi-lagi kalau ada air kat lantai tu kita boleh nampak bayang-bayang orang sebelah. Pernah pergi tandas tutup (dinding) semua sekali sampai bawah, bagus tak ada takut-takut dah,” komen netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Baru Nak Lepas Hajat, Pemuda Terkejut Tiba-Tiba Ada Kepala Muncul Dari Bawah Pintu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*