“Terdengar Bisikan Suruh Terjun Balkoni” – Khai Bahar Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital

Resah gelisah memikirkan sesuatu perkara sehingga keletihan menjadi petanda seseorang individu sedang mengalami kerisauan atau lebih dikenali sebagai anxiety.

Anxiety adalah masalah kerisauan yang menjurus kepada perkara yang masih belum berlaku. Penghidap biasanya terlalu memikirkan perkara yang tidak baik atau tidak disukai untuk berlaku.

Bahkan, trauma akibat peristiwa yang tidak baik yang pernah dialami boleh menjadi punca utama seseorang mengalami masalah anxiety.

Penghidap anxiety boleh dibantu dengan meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai penyakit ini.

Menerusi kesedaran, orang ramai khususnya saudara mara dan sahabat handai boleh memberikan sokongan kepada pesakit.

Sebagai contoh, penyanyi Khai Bahar pernah terdengar pelbagai bisikan termasuk menyuruhnya terjun daripada balkoni rumah.

Selepas mendengarkan bisikan mencederakan diri, penyanyi berasal dari Perlis itu terpaksa menyembunyikan senjata tajam seperti pisau dalam almari.

Khai percaya semuanya gara-gara penyakit kebimbangan melampau (anxiety) dihadapi.

Bagi mengelakkan kejadian tak diingini, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, mengajak adik-beradik dan ipar tinggal bersama.

“Saya terpaksa ajak adik-beradik yang sudah berkahwin tinggal bersama bagi elak lakukan perkara bukan-bukan.

“Saya pernah terdengar bisikan minta saya terjun daripada balkoni rumah.

“Atas sebab itu, saya elak duduk bersendirian kerana takut bisikan ini menghantui fikiran,” dedahnya.

Pelantun lagu Luluh itu juga mendedahkan, penyakit anxiety dialami menyebabkannya lebih suka duduk di rumah sekiranya tidak terikat dengan urusan kerja.

“Jika tiada urusan penting, saya lebih selesa duduk di rumah.

“Kalau nak keluar pun atas urusan kerja, jika tidak saya lebih banyak terperuk di rumah.

“Saya juga ambil masa lama untuk kembali keluar seperti dahulu,” katanya.

Khai berkongsi, dia pernah mengalami sesak nafas pada tengah malam sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya alami sesak nafas sampai terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Bagi menyedapkan hati, saya jalani pemeriksaan kesihatan dan nyata, saya sihat tanpa sebarang penyakit,” katanya yang menghidap masalah kebimbangan melampau sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, dia alami penyakit anxiety selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

“Saya mungkin terlalu memikirkan persepsi orang terhadap saya.

“Namun, saya bersyukur berjaya atas penyakit ini. Tujuan saya berkongsi untuk beri kesedaran mengenai masalah kesihatan mental,” katanya lagi.

Khai menitipkan kepada mereka yang mengalami masalah anxiety supaya segera mendapat rawatan dan tidak malu dengan penyakit dihidapi.

“Kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar, percayalah ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.

“Jangan malu dengan masalah kesihatan mental dialami dan usah berlengah mendapatkan bantuan pakar psikiatri,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Murai MY

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Terdengar Bisikan Suruh Terjun Balkoni” – Khai Bahar Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*