“Tali Rafia Gantikan Beg Sekolah Putus”  Walau Daif,  Anak Ini Tetap mahu Ke Sekolah

Nasib ‘kehidupan daif’ sepuluh orang ahli keluarga menarik perhatian ramai terutama melihat kecekalan salah seorang anak perempuan terpaksa menggunakan tali rafia bagi menggantikan beg sekolah yang telah putus.

Menerusi hantaran tular, dapat dilihat peti sejuk usang masih disimpan sepuluh sekeluarga ini untuk dijadikan almari menyimpan makanan.

Jika dilihat pada bahagian luaran peti sejuk berkenaan, pasti orang lain sudah membuangnya kerana sudah rosak dan tidak boleh menyimpan barangan basah dan sebagainya. Namun, tidak dengan keluarga ini kerana mereka masih menyimpan dan menggunakan ia dengan sebaik mungkin.

“Beginilah keadaan peti ais untuk menyimpan makanan mereka sepuluh sekeluarga,”sambil menunjukkan pintu peti sejuk yang telah tercabut.

daif beg sekolah

Daif, tetap tuntut ilmu siap guna tali rafia ganti beg sekolah

Menurut badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Khidmat Ummah (tvpku), mereka sepuluh sekeluarga menetap dekat rumah kayu beratapkan zink di Kota Kuala Muda, Kedah.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, namun mereka tetap mengutamakan pendidikan kepada tujuh orang anak yang masih kecil dan bersekolah.

Malah, turut jelas memaparkan keadaan beg sekolah salah seorang anak kepada Mustafa dan Haslina yang telah putus dan digantikan dengan tali rafia.

“Hanya tali rafia digantikan agar beg sekolah ini boleh digunakan,”tulis ringkas dalam video dimuat naik NGO terbabit di aplikasi TikTok.

daif beg sekolah

daif beg sekolah

Apa yang lebih meruntunkan hati adalah Mustafa menderita penyakit sakit tulang belakang bengkok sejak 10 tahun lalu.

Malah, doktor juga menasihati Mustafa untuk menjalani pembedahan namun terpaksa ditangguhkan kerana tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi.

daif beg sekolah

Akibat keadaan yang menimpa Mustafa, isterinya terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menyara mereka termasuk ibu yang mempunyai masalah ingatan.

Difahamkan, isterinya, Haslina bekerja sebagai seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang membuatkan ia masih belum dapat menambung perbelanjaan mereka sepuluh sekeluarga.

Video:

@tvpku

En Mustafa keluarga asnaf NGO PKU Maybank 5520 5982 5987 Pertubuhan Khidmat Ummah

♬ original sound – tvpku

Pihak NGO berkenaan turut memberi sumbangan peti sejuk dan dan beberapa barangan keperluan lain kepada mereka.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: TikTok tvpku@ OMM

 

Be the first to comment on "“Tali Rafia Gantikan Beg Sekolah Putus”  Walau Daif,  Anak Ini Tetap mahu Ke Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*