60 Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Selepas Dijamu Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera

Aspek kebersihan dan penyediaan makanan yang baik adalah penting bagi memastikan kesihatan diri terjamin.

Jika makanan tidak dikendalikan dengan betul, anda berkemungkinan boleh menghidapi penyakit berbahaya seperti cirit birit, muntah dan keracunan makanan.

Itulah yang terjadi kepada beberapa orang pelajar apabila mereka telah mengadu tidak sihat selepas didakwa menjamu makanan tersedia di sekolah.

Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’

Baru-baru ini, beberapa orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Negeri Sembilan didakwa mengalami keracunan makanan selepas makan telur rebus ‘buruk’ yang dihidangkan kepada mereka dalam dewan selera.

Susulan itu, pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah diarahkan untuk memberi laporan penuh berkaitan kejadian telur rebus berkenaan.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima banyak pesanan mesej dan aduan melalui platform WhatsApp mengenai isu terbabit.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk segera siasat, ambil tindakan tegas dan pastikan kes seperti ini tidak berulang,” jelasnya.

Sumber: Media Sosial

MARA Bakal Tamatkan Kontrak Dengan Peniaga Sekiranya Didapati Bersalah

Menerusi respon beliau di akaun Facebook miliknya (DR ASYRAF WAJDI DUSUKI), Datuk Dr Asyraf berkata tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang mengambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan pelajar.

“Jangan hanya mengejar untung atas kesusahan orang lain. Keuntungan atas kecurangan pastinya tiada keberkatan,” ujarnya.

Sekiranya kecuaian tersebut disahkan berlaku, MARA bakal menamatkan kontrak sebagaimana perjanjian dan peraturan yang ditetapkan.

Penjaga Buat Aduan Anak Cirit Birit Lepas Makan Telur Buruk

Terdahulu, seorang penjaga telah memuat naik satu aduan di Facebook (Amira Alia Faizul), mengatakan ramai pelajar di MRSM telah mengalami sakit perut dan cirit birit.

“Dah nampak tembeleng macam ni masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut mereka ya,” kata wanita itu.

Dia dalam masa sama mendakwa kes seperti itu telah kerap kali berlaku sebelum ini.

“Harap pentadbiran terminate terus,” tambahnya lagi.

Selain itu, wanita itu turut meluahkan rasa geram kerana peniaga tidak prihatin terhadap keselamatan anak-anak.

Hasil semakan kami mendapati wanita itu telah memadam posting tersebut namun telah dimuat naik semula di akaun Facebook Pengerusi MARA.

Sumber: Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :The Rakyat Post

Be the first to comment on "60 Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Selepas Dijamu Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*