Angkara Dengki, Rumah Tangga Aisyah Hijanah Ditimpa Ujian

Personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif ditimpa ujian berat selepas enam tahun berkahwin.

Di sebalik senyuman, pasangan itu telah melalui dugaan di mana ada individu didakwa cemburu melihat kebahagiaan mereka.

Menurut Aisyah, dugaan yang dihadapi kali ini sangat mencabar terutamanya dari segi keimanan dan kesetiaan.

Dalam hantaran yang sama, Aisyah juga memaklumkan telah membawa Alif berubat dan diberitahu suaminya itu terkena perbuatan ‘hasad dengki’.

Perkahwinan mereka yang terjalin selama enam tahun itu cuba dirosakkan oleh pekerjanya sendiri.

“Apa yang jadi ada kalanya membuatkan kita rasa dah letih buat baik pada orang. Penyondol yang cuba rosakkan rumah tangga Aisyah ni bukan orang jauh, tapi staf sendiri,” tulisnya menerusi satu luahan di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah lepas balik, dah bincang dan buat apa ustaz suruh, saya nampak perubahan pada dirinya. Tetapi saya pula yang melalui kesakitan itu selama dua minggu.

Memetik laporan Mstar, Aisyah mendakwa salah seorang stafnya cuba mendekati suaminya yang lebih dikenali sebagai alifteega di media sosial dan perkara itu disedarinya kira-kira tiga minggu lalu.

Kata Aisyah dia tidak menyangka pekerja yang berkhidmat dengannya selama tiga tahun itu tergamak untuk menghancurkan rumah tangganya.

“Saya sangat sedih sebab selama ini saya kasihan dengan isu yang melanda diri dia, sehingga kami bawa dia pergi umrah, pergi healing dan jumpa keluarga dia untuk selesaikan isu dia.

“Dia berhenti kerja tiga minggu lalu. Hari terakhir, dia luahkan suka pada suami dan rela bermadu. Tak sangka dia ada hati dengan suami majikan sendiri,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Selain itu, bekas pekerja itu juga didakwa menipu demi meraih simpati Aisyah dan suaminya, dengan mengatakan kedua ibu bapa dan adiknya sudah meninggal dunia.

“Kedua saya bawa dia bertemu ustaz Halim dan usaha saya tidak berhenti di situ. Kemdian kami ke Kelantan dan alhamdulillah segala perkara buruk telah berkurangan,” jelasnya.

Terdahulu, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, 2, dan Muhammad Hassan Syarif yang kini berusia empat bulan.

 

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment on "Angkara Dengki, Rumah Tangga Aisyah Hijanah Ditimpa Ujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*