Lelaki Terkejut Jumpa Mutiara Putih Bersinar Dalam Kerang Yang Bernilai Tinggi

MUTIARA sering ditemukan dalam tiram.

Namun baru-baru ini, seorang lelaki dari Chiang Rai, Thailand mendedahkan bahawa dia menemui mutiara di dalam kerang.

Mutiara tersebut bukan sahaja disahkan tulen, malah bernilai tinggi dan dikategorikan tiga karat.

Sethapong Sivavong, 45, berkata, mutiara sebesar satu sentimeter itu telah dihantar untuk ujian ke Makmal Pengujian Permata Chiang Mai (CGT LAB), sebuah institut gemologi yang terkenal.

Makmal mengesahkan bahawa mutiara itu sememangnya produk alam semula jadi.

Ia adalah mutiara putih, memantulkan cahaya dengan jelas, seberat kira-kira 3.084 karat dan Institut CGT turut mengeluarkan dokumen yang mengesahkan ketulenan.

Ketika ditanya mengenai nilai mutiara itu, Sethapong berkata ia tidak ternilai dan bukan untuk dijual.

Dia bercadang untuk menyimpannya sebagai azimat bertuah untuk diri sendiri dan keluarganya, memandangkan ia jarang berlaku.

Tambahnya, mutiara itu mungkin akan dijadikan cincin atau loket.

“Saya akan menyimpannya sebagai azimat bertuah untuk diri saya dan keluarga. Ia bukan sesuatu yang anda boleh temui dengan mudah di dalam kerang sungai,” ujarnya.

Sethapong turut mendedahkan bahawa isteri dan anak perempuannya telah membeli kerang tersebut dari pasar tempatan terkenal di pusat bandar Chiang Rai untuk hidangan keluarga biasa.

Semasa mereka sekeluarga duduk untuk makan, mereka menemui mutiara dalam salah satu kerang. – Thaiger

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MSTAR

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Lelaki Terkejut Jumpa Mutiara Putih Bersinar Dalam Kerang Yang Bernilai Tinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*