Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur

INDUSTRI hiburan tanah air hari ini kehilangan sebutir permata apabila pelakon Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia di rumah inap yang terletak di Pulau Pinang.

Menurut rakan artis, Anne Abdullah ketika dihubungi URTV sebentar tadi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika tidur.

“Saya diberitahu oleh rakan artis iaitu Aida Aris sekitar pukul 11.45 pagi bahawa Badrul Muhayat sudah meninggal dunia.

“Isteri arwah kejutkan untuk bangun pagi tetapi Allahyarham tidak memberikan respon dan sudah tak bernafas lagi.

“Ketika ini jenazah masih lagi berada di rumah inap tersebut. Kami tak tahu sama ada jenazah akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat atau terus dibawa ke Johor Bahru untuk dikebumikan,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, Anne tidak menyangka arwah yang sentiasa ceria dan aktif itu akan ‘pergi’ secara mengejut.

“Mungkin arwah terlalu penat sebab banyak menyertai karnival jualan di merata tempat.

“Arwah berada di Pulau Pinang sejak semalam bagi menyertai karnival anjuran UDA  bersama NGO GTAS.

“Kata Aida, arwah tidak menunjukkan simptom sakit sebab semalam selepas selesai ‘set up’ booth di lokasi, arwah sempat makan bersama rakan artis,” ujarnya.

Untuk info, Badrul atau Badrul Muhayat Ahmad Jailani,55 mula aktif dalam industri seni sejak 1990.

Antara lakonan arwah ialah Harry Boy, Riang Tirana, Opah, Gerak Khas, Harith Fayyadh dan banyak lagi.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Zulkaply,50, pada 18 April yang lalu.

Terdahulu, Badrul pernah berkahwin sebanyak dua kali namun berakhir dengan penceraian.

Menerusi perkahwinan itu, Badrul memiliki dua orang cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun yang kini tinggal bersama bekas isteri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*