Rakan Maut Gara-gara BMW Dipandu Melulu

SERDANG – Tindakan seorang lelaki memandu dalam keadaan melulu mengakibatkan rakannya maut manakala seorang warga emas cedera dalam kejadian di Kilometer 15 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki terbabit memandu sebuah kereta jenis BMW sebelum merempuh bahagian belakang Honda CRV dari arah Putrajaya menghala Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian diterima pihaknya menerusi kaunter pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serdang kira-kira jam 3.05 petang.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun menaiki kereta BMW terbabit yang dipandu rakannya berumur 29 tahun.

“Kenderaan terbabit kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda CRV,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pelanggaran mengakibatkan Honda CRV yang dipandu seorang warga emas berumur 71 tahun terbabas ke kiri jalan.

“Kereta dinaiki mangsa pula terbabas di tengah jalan mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.

“Mangsa kemudiannya disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu Honda CRV mengalami kecederaan di bahagian leher,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan di Twitter (X) oleh @ohtweet, pemandu dan penumpang BMW itu difahamkan dalam pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku.

Dalam kejadian itu, penumpang BMW itu yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut difahamkan tercampak keluar dari kereta dan maut di lokasi kejadian manakala pemandunya yang dipercayai rakan mangsa hanya mengalami kecederaan kecil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rakan Maut Gara-gara BMW Dipandu Melulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*