“Hati Terpaut Pada Ibu Anak Satu’- Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda

Dua tahun menduda, Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Bin Ali, 34 selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada hari ini 23 Oktober 2023, jam 10 pagi bersama pasangannya Siti Zulaikha, 30, di sebuah lokasi di Gombak.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh Fizi di Instagram miliknya dengan memuat naik foto mengenakan pakaian serba putih bersama isteri baharunya itu bersama anak-anak di sisi.

“Alhamudulillah, syukur. Bermula satu perjalanan baharu dalam hidup kami.

“Semoga doa-doa yang baik kembali semula kepada kalian,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Difahamkan, bekas suami bekas suami pelakon Shakilla Khoriri itu berkahwin dengan wanita pilihan yang merupakan seorang ahli perniagaan yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Bagaimanapun, Fizi tidak mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pernikahanya yang dipercayai berlangsung pada hari ini.

Sebelum ini, penyampai radio Hot FM itu tanpa berselindung mengakui sedang berkawan rapat dengan rakan niaganya.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai sekitar Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : IG Fizi Ali

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Hati Terpaut Pada Ibu Anak Satu’- Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*