‘Keadaan Di Gaza Makin Getir, Orang Ramai Mula Minum Air Kotor’

Seorang wanita warga Malaysia yang terperangkap di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, menjelaskan keadaan persekitarannya semakin getir sehinggakan ada yang sudah mula meminum air kotor kerana ketiadaan bekalan bersih.

Nurul Ain berkata, kanak-kanak dan warga emas di kawasan tersebut merasa tertekan dengan serangan udara tanpa henti ditambah dengan masalah terputus bekalan elektrik dan air.

Menurutnya, situasi sukar itu menyebabkan segelintir daripadanya terpaksa meminta sedekah selain mengambil keputusan untuk melarikan diri atau menumpang di rumah saudara mara yang lain.

“Memasuki hari ke-15, susah untuk saya terangkan sebab memang setiap hari ada serangan, semasa saya sampai ke sini (Gaza) pada suatu masa dulu, tidak seteruk ini.

“Sekarang saya masih sedang menunggu Lintasan Rafah buka untuk keluar dari sini,” katanya kepada Sinar Harian menerusi hantaran audio di WhatsApp pada Ahad.

“Sekarang saya masih sedang menunggu Lintasan Rafah buka untuk keluar dari sini,” katanya kepada Sinar Harian menerusi hantaran audio di WhatsApp pada Ahad.

 

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Nurul Ain merayu agar Wisma Putra segera membantu mengeluarkannya dan suami dari negara berkenaan.

Difahamkan, dia ke Gaza pada 1 Oktober lalu untuk mengikuti suaminya, Mohamed Adnan Shaat, 33, yang merupakan warganegara Palestin selepas enam tahun berkahwin.

@adan2021 #Malaysia #GazaUnderAttack #fyp #PalestineWillBeFree #gazastrip ♬ original sound – Nurul Ain

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Keadaan Di Gaza Makin Getir, Orang Ramai Mula Minum Air Kotor’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*