[VIDEO] Dina Nadzir Seb4k Dengar Doa Angeline Tan – ‘Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa’

Terbaharu, pasangan pelakon tersebut diraikan dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan.

Doa Angeline

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Angeline atau nama penuhnya Ardini Angeline Tan dilihat tidak mampu menahan sebak ketika memeluk penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir sambil menitipkan doa buatnya.

Saya doakan awak, okay. Saya doakan agar awak juga akan diberikan jodoh yang baik suatu hari nanti.

Dalam pada itu, aktres tersebut juga menzahirkan rasa syukur kerana dia sama sekali tidak menduga bahawa akan dikurniakan hidayah dan pasangan hidup walaupun sudah berusia.

Saya tak sangka pada usia 56 tahun saya akan dapat semua ini. Terima kasih Allah untuk semua ini. Allah tak pernah abaikan sesiapa, itu apa yang saya fikir.

<> @sinar_my MasyaAllah kata-kata Angeline Tan atau Ardini yang sangat menyentuh jiwa. “Allah tak akan abaikan sesiapa” #SINARKongsi #SINARSolo ♬ suara asli – Sad.Musikk_

Setiap hari adalah hari yang baik. Allah memberikan kita hari yang baik setiap hari. Insya-Allah tak pernah ada hari yang tak baik.

Dina kemudian mengalirkan air mata dan mengucapkan terima kasih atas doa dan nasihat yang diberikan Angeline.

Insya-Allah terima kasih. Saya sangat gembira untuk awak.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya men!nggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Oh Bulan

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Dina Nadzir Seb4k Dengar Doa Angeline Tan – ‘Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*